Friday, May 3, 2013

Demokrasi yang setengah masak




http://radiofreemalaysia.org/
RFM 1359 kHz
RADIO FREE MALAYSIA

(info@radiofreemalaysia.org
facebook/radiofreemalaysia
iTunes
Twitter@radiofreem)

May 2, 2013.
EKSPRESI  EKSPRES  RAKYAT

Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama, setelah penjajah meninggalkan jejak sejak sekian lama, kerajaan UMNO Barisan Nasional telah mewujudkan kabus dalam minda setiap dariada rakyatnya. Berita 13 May telah menyebabkan hubungan kaum menjadi begitu tegang selama ini dan kita bernasib baik dalam gelombang kebangkitan yang kini telah cukup terasa, tampil seorang individu membongkar apa yang sebenarnya berlaku.

Kami bawakan anda Dato' Thamrin Tun Ghafar Baba yang dengan cukup berani mendedahkan isi segar tentang episod berdarah tersebut. Berita penangkapan Blogger Milo Suam juga membuka dimensi amalan undang-undang yang berat sebelah apabila sesuatu perkara yang diharapkan kepada penjelasan berakhir dengan pelbagai akta yang diwujudkan untuk mengekang maklumat disampaikan dan dipanjangkan. Temubual bersama New Sin Yew peguam beliau, menerangkan kepada kita tentang situasi penangkapan yang berlaku semalam.

Puan Fuziah, Naib Presiden PKR dan juga calon Kuantan mengungkap kebimbangan tentang keselamatan kotak undi Pos yang berada dalam kawalan Polis.

Selain itu pelbagai sisipan dan lagu-lagu semangat bersama bersiaran untuk semua para pendengar.

Amanat Ulama Kedah dan juga penerangan tentang isu mengundi oleh Big Boss Ustaz Azhar Idrus.

Dengan segala isu telah kami keudarakan jadikan ia sebuah penilaian dan tunjukkan sokongan dan harapan anda di kotak undi pada PRU13 nanti. Jangan pula hanya anda seorang ketinggalan Ekspress Rakyat untuk ke destinasi impian, Malaysia yang lebih baik. Teruskan mendengar.


 2.

Dalam filem "Sarjan Hassan", pelbagai berita diperolehi melalui radio yang disorok di dalam tong,  atau empayan beras di dapur.  Hari ini, (di abad ke 21)  masih lagi wujud stesen radio seperti di atas dalam bentuk, format yang berbeza dan lebih canggih.  Sebab musabab kenapa radio seperti di atas masih lagi wujud cukup mudah - yang bukan Sang Penguasa,  yang dilihat sebagai musuh oleh Sang Penguasa tidak berpeluang untuk menyampaikan mesej, hujah, hujah balas, pendedahan versi mereka.  Ertinya hak 'musuh politik' Sang Penguasa untuk menyampaikan buah fikiran, hujah Sang Penguasa  dinafikan.  Ertinya dalam fikiran Sang Penguasa Caretaker,  yang bukan Sang Penguasa itu tidak ADA HAK untuk berbuat demikian.   Namun begitu Sang Penguasa itu masih jua melaungkan bahawa di planet ini demokrasi kita memanglah terbaik.  

Dalam konteks yang seperti inilah kita memasuki PRU13.  Dan hanya tinggal beberapa jam saja lagi sebelum kita, rakyat Malaysia turun ke pos-pos mengundi.   Kita turun untuk memilih Sang Penguasa yang baru.  Marilah kita lakukannya.  Ya, demi anak-anak, cucu dan cicit kita,  marilah kita lakukannya.

INI KALILAH!!





No comments: