Sunday, May 5, 2013

Insan bernyawa TIDAK boleh sekadar menjadi pemerhati



dan Kami TIDAK memilih menjadi pemerhati

 
Setakad yang terfikir dan dapat difikirkan, yang termampu dan terdaya dilaksanakan ―  kami yang seorang dua dalam PAKSI bergabung tenaga untuk melakukannya.  Akhir-akhir ini, kami yang sekerat dua dalam Paksi bergabung tenaga untuk bersama-sama GATERA, Gerakan Intelektual Rakyat,  untuk melakukannya.  Mungkin segala usaha itu tidaklah sehebat mana, tidak strategik, dan tidak pula tersusun rapi.  Mungkin juga begitu, namun kami yang sekeart dua ini telah melakukan sesuatu.      

Kami yang seorang dua ini melakukannya dengan harapan satu negara yang baru dapat dilahirkan.  Kami melakukan dengan harapan kepimpinan negara kita dapat diambilalih oleh kelompok pemimpin yang baru.  Kelompok pemimpin yang bercita-cita untuk menghentikan segala kerosakan yang telahpun berlaku dan memperbaiki keadaan supaya negara kita tidak rosak binasa akhirnya.

Kami melakukannya dengan segala ketidakterdayaan, kekurangan dan kekerdilan manusia yang pada tanggapan bijak pandai agama, hanyalah Hamba kepadaNya.  Kami melakukannya kerana keyakinan bahawa hari akhirat itu nyata benar dan bahawa ketika di sana nanti yang laku dan sah dijualbeli ialah pahala anugerahNya.

Hari ini, 5 Mei 2013 subuh tiba semula dan syukur Alhamdulillah kita masih diberikan hayat untuk menikmati sesaat dua waktu untuk terus bernafas di bumiNya.  Kita mulakan hari penuh bersejarah ini dengan memohon bantuanNya.  Kita mendoakan dengan sepenuh jiwa semoga satu pemerintahan yang baru bakal tiba di negara ini.  Amin YaRabbul ‘Alamin.

    
Setelah subuh, 5 Mei 2013.
Taman Ria, Sungai Petani, Kedah.


No comments: