The taste and
test of power
Religiously
one is supposed to be immune ― at least theoretically ― to worldly attractions and their benefits. As such religiously, one who hails from a political party which is supposed
to be spritually-religiously-based, is supposed
to be the least susceptible to the position of power and money. The reason is fairly simple. For he who hails from such a party is more
concerned of Hereafter than the sight of power and money. Is this a fair statement or do you think it deliberately
skewed on purpose?
2.
Teks pesanan
ringkas:
Sila teliti teks
yang menggambarkan perasaan seorang Cina yang begitu mengharapkan perubahan:
SATU:
“Kawan-kawan saya
semua kecewa. Apakah sebabnya PAS dan
PKR tidak memenangi kerusi yang secukupnya?
Sekarang ini sokongan orang-orang Cina kepada Pakatan Rakyat telah
dipermain-mainkan oleh sesetengah pihak dengan ‘hujah’ bahawa Cina jelas rasis
kerana banyak yang mengundi DAP. Kemenangan banyak kerusi oleh DAP tidak membawa
apa-apa makna yang besar kerana kekalahan Pakatan Rakyat mengambilalih
kerajaan.”
DUA:
Sementara itu
seorang anak muda memberikan teks berikut:
“Geng-geng
UMNO berkokok, DAP yang untung. Melayu hilang suara. Dasar rasis.”
TIGA:
Ini pula teks
yang sebenarnya ditujukan khas kepada PAS:
“Sdr,
orang/pemimpin PAS yang manakah yang tahan dengar pandangan orang-orang luar
parti termasuk segala macam NGO? Pemimpin
PAS yang manakah mahu teliti dengan mendalam pandangan-pandangan seperti ini
yang dulunya telah kita dengar:
Bila ada yang tegur
kemelut kepemimpinan PAS Kedah, mereka pura-pura tidak sedar. Kita pernah dengar orang mengatakan bahawa kadang-kadang
PAS tak cerdik berpolitik ― mereka membalas jangan lupa PAS itu parti dakwah. Kita kata PAS jangan ghairah mahu menggantikan
UMNO, mereka kata PAS lain. Tapi siapakah
yang membiarkan kemelut Damansara di ambnag PRU 13 itu? Apakah benar ini adalah kerana sayangkan kroni? Siapa yang tak terdaya menguraikan kemelut MB
Kedah itu itu sekian lamanya dan berpura-pura semuanya aman sentosa? Apakah ini juga kerana masalah kroni dan puak-puak
tertentu? Lihatlah kes Sungai Acheh, apakah
benar juga kerana PAS itu jauh lebih hebat daripada rakan-rakannya? Saudara, siapakah yang boleh bawa hujah saya ini? Mungkin semua tak tepat. Tapi siapakah yang mahu mendengarnya?”
Sesungguhnya mendabik dada belum mencukupi untuk siapa saja, termasuk calon Sang Pemimpin apatah lagi Sang Pemimpin yang sedia ada. Mendabik bahawa kamilah parti masa depan
belum mencukupi jika tingkah laku sebelum berkuasa pun meragukan. Ia sama saja dengan
seruan tiba-tiba "national reconcillation et. al" itu. Bagi kita, ini hanyalah seruan kosong yang tak lebih daripada kentut. Paling tidak tengiknya kentut hanya sementara. Tengiknya kepura-puraan seperti ini bakal kekal dalam ingatan seluruh hati nurani rakyat -kecil dan besar - sepanjang hayat. Itulah perbezaan besarnya kata-kata Sang Pemimpin itu kepada rakyat jelata. Dan ini termasuklah kata-kata bakal calon dari parti yang memakai label agama sebagai teras perjuangannya. Bukankah orang agama juga berselera dengan kuasa dan kedudukan?
No comments:
Post a Comment