Thursday, May 9, 2013

Kelana Jaya, kau telah mencipta sejarah!



Kelana Jaya, kau telah mencipta sejarah!


Kami berempat (Hasni bersama-sama dua orang anaknya) bergerak dari Kampung Pandan kira-kira jam 7:30 malam untuk ke Kelana Jaya melalui Jalan Persekutuan.  Di lebuh raya ini,  Kembara yang dipandu Hasni mengesot-esot selama lebih dua jam sebelum kami sampai dan parkir di LRT Taman Jaya, lalu ‘memanjat’  LRT ke stesen Kelana Jaya kemudian menapak sejauh 5 km untuk ke Stadium Kelana Jaya.  Sepanjang jalan dan bertali arus kami terus saja berselisih Melayu, Cina dan India yang kelihatannya sudahpun selesai ‘menziarahi’ Stadium itu.  Mereka sudah berangkat pulang dari Stadium sedangkan kami baru saja mahu ke sana. 

Kami sempat dengar gema ucapan Anwar Ibrahim di luar Stadium sebelum lagu ‘Negaraku’ dinyanyikan.  120,000 demikianlah anggaran Malaysiakini!

Malaysia, kau bangun menuntut hak memilih pemerintah yang sah!

2.

Dalam perjalanan pulang kira-kira jam 12:57 pagi,  teks Prof Shaharir tersembul di layar telefon:

“Sampai2 dah habis.  Sdr sempat masuk tak?”

“Saya pun dkt luar. Jem 2 jam. Sempat dengar gema suara Anwar.  Lepas tu Negaraku!”



No comments: