Thursday, May 9, 2013

Perihal kesyukuran dan kesabaran



Perihal kesyukuran dan kesabaran


Sumber: http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=26363

MARANG:

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.  Beliau berkata, “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.
 
Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba, “ katanya sebagaimana yang disampaikan melalui Facebooknya.

2.

Di atas adalah petikan langsung berita dalam Detikdaily yang dipetik jam 9:19 pagi ini, 8 Mei 2013.  Ertinya saya tidak membaca entrinya Haji Hadi dalam Facebooknya.

Sekiranya berita di atas sahih, maka salah satu kesimpulan penting yang dapat dibaca daripada kenyataan Presiden satu-satunya Parti Islam terulung dan salah satu parti politik yang terbesar negara ini ialah gesaan supaya keputusan pilihan raya ini “diterima dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.”  Teras mesejnya ialah gesaan sterotaip yang sarat unsur-unsur religiousnya yang Islamik ― Takdir, qadha dan qadar dan segala pengajaran (attributes) yang berkait rapat dengan taqwa.  Ya, inti utama mesej ini ialah kita terimalah ketententuan Illahi.  Tak ada apa lagi yang dapat kita lakukan kerana itulah kehandakNya.  Lihatlah betapa besar dan eratnya peranan takdir dalam menyelesaikan masalah.

Dalam teks di atas ini,  tak ada walaupun sebaris ayat yang mempersoalkan proses PRU13 itu dilaksanakan.  Mungkin hal ini tidak disentuh kerana Pas masih lagi menunggu hasil kajian yang sedang dilaksanakan.  Mungkin.  Apa pun sejak malam 5 Mei 2013, hal ini lantang diperkatakan oleh Anwar Ibrahim, DAP dan Bersih.

Apa pun kita tunggu perkembangan lanjut seruan  “terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran” ini.  Kita tunggu apakah bentuk seruan seterusnya lebih-lebih lagi setelah 120 ribu rakyat pelbagai kaum berkumpul di Stadium Kelana Jaya pada malam 8 Mei 2013 untuk menyatakan sikap mereka yang amat jelas tentang proses PRU 13 yang baru lalu. 

3.

Kata seorang kawan Cina, “To tell you the truth at times we ― the non-Muslims ― are really confused with their contradicting statements.   Take ‘Allah’ and ‘hudud’ for example.  What do they want?  Do they want to play politics i.e. to out-do and out-smart Umno or do they want to englighten the masses, especially the non-Muslims on some so-called sentitive religious issues? Take another example, that incident on the eve of PRU13 how PSM, a political partner was blasted in public.  It was uncalled for.  Do we need such a statement?”



1 comment:

Anonymous said...

Tuan redha itu bukan berserah bulat. rasanya boleh difahami dalam petikan ini

http://tranungkiteoffline.blogspot.com/2013/05/bila-pas-terima-kad-dont-give-up.html