Wednesday, May 1, 2013

Rakyatlah yang merempat



RAKYAT BAWAHAN KEKAL MEREMPAT


Di bawah ialah petikan dari buku “Siri Kajian dan Penulisan KPRU - Pendedahan di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia – disunting oleh Ooi Heng, SIRD dan KPRU (Kajian Politik Untuk Perubahan, 2012: xi – xii, Kata Pengantar ):

1) Sebanyak 40% rakyat Malaysia adalah dari kumpulan isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM 1,500 sebulan. 

2) Tiga perempat daripada golongan ini adalah dari kalangan Melayu/Bumiputera.

3) 20% golongan terkaya di negara ini memiliki pegangan sebanyak 50% kekayaan negara.

4) 40% golongan bawahan menikmati 15% daripada kekayaan negara.

5A) Anak mantan Perdana Menteri memiliki syarikat perkhidmatan petroleum kelima terbesar di dunia selepas penggabungan Kencana Petroleum dengan Sapura Crest yang melibatkan RM 12 billion.

5B) Anaknya yang seorang lagi pula mahu menguasai industri hiliran petroleum menerusi konglomerat San Miguel yang membina kekayaan hasil daripada perniagaan arak.

6) Sebanyak RM52 billion saham yang diberikan kepada golongan atasan Melayu akhirnya lesap begitu sahaja. 

Manakala mereka bergembira dengan hasil kekayaan mereka, rakyat bawahan kekal merempat mencari sesuap nasi.

7) Ternyata pertumbuhan ekonomi jauh lebih rendah berbanding peningkatan harga barang. 

Perbandingan harga barang di antara tahun 2008 dan 2011 menunjukkan:

Harga gula telah melonjak sebanyak 66%
Harga sekilogram ayam bersih meningkat sebanyak 37%
Harga susu bayi 1.8 kilogram naik 37%.
Teh tarik mengalami kenaikan harga 25%
Sebungkus roti naik sebanyak 25%.

II.

Apakah Malaysia harta sekerat dua orang-orang Umno INI?  Usahlah berhujah tentang dengki dan iri hati.  Kita benci dan tolak kerakusan KUASA!

INI KALILAH!!
KALI INILAH!!!



No comments: