Thursday, May 16, 2013

Refri@hakim



Bukankah SPR itu, hakim@refri?


Mari kita ikuti apa kata bekas seorang Ketua Hakim Negara, Lord President.


“Kedudukan hakim adalah diibaratkan sebagai kedudukan pengadil (refri) dalam pertandingan bolasepak.  Pertandingan tiada mungkin sempurna dijalankan kalau refri berat sebelah, maka itulah sebabnya jika Negeri A bertanding melawan Negeri B, refri dipilih dari negeri lain.  Kewajipan refri ialah supaya peraturan-peraturan perlawanan tepat diikuti oleh semua pemain.  Jika kelihatan sesiapa ‘offside’ atau bermain ‘foul’, refri wajib meniup wisel.  Apabila beliau meniup wisel ianya bukanlah untuk beliau membesarkan diri mengatasi pemain-pemain, bukan juga keran beliau hendak merampas kuasa dari pemain, atau untuk menjejaskan permainan tersebut.  Beliau semata-mata menjalankan tugas mengadili supaya sekalian pemain menurut peraturan-peraturan orang main bola sehinggakan boleh menunjukkan kad kuning membuang pemain keluar padang.”

Tun Mohamed Suffian , 4 Januari 1989, dalam kata sambutan buku, “ Kebebasan Kehakiman, Singa di bawah takhta dijerat (satu kezaliman),” Tun Salleh Abas, Penerbitan PENA Sdn. Bhd., 1989.


Bukankah SPR itu, hakim@refri?


2.


“114.  Constitution of Election Commision.

(1) The Election Commision shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong after consulting with the Conference of Rulers, and shall consist of a chairman, a deputy chairman and five other members.
    

(2) In appointing members of the Election Commission the Yang di-Pertuan Agong shall have regard to the importance of securing an Election Commission which enjoys public confidence.”

 Petikan “Federal Constitution (As at 20th April, 2011: 137-138), International Law Book Services, Petaling Jaya.


Apakah ketika ini, saat ini  yang namanya SPR itu masih lagi “enjoy public confidence” itu?

Apakah yang namanya SPR itu masih lagi diyakini sebagai pengadil yang TIDAK berat sebelah,  jauh sekali bukannya alat?

3.


Semasa Tun Salleh Abas dipecat pada 8 hb Ogos, 1988 (tak adakah sesiapa yang berminat memperingatinya?)  apakah yang terjadi,  jika dan sekiranya KETIKA ITU pelbagai lapisan rakyat Malaysia telah TIDAK membiarkannya dan bangun dan bersungguh-sungguh melawan satu sistem yang zalim itu?

Adakah keadaan kehakiman kita sampai ke tahap sekarang ini?

Apakah ketika itu, kita rakyat Malaysia amat redha dan berserah kepada TAKDIR apa yang berlaku ketika itu?

Bukankah pemecatan DSAI menjadi isu yang lebih besar dan jelas setelah arwah Ustaz Fadhil Nor bangun untuk melawan?  Bukankah arwah bangun melawan kerana menentang kezaliman sebuah rejim terhadap orang nombor duanya?

Hari ini,  bukankah sistem dan rejim yang sama juga sedang menzalimi rakyat Malaysia?





No comments: