Sunday, June 2, 2013

Kerajaan Perpaduang DAP



Dongeng moden
YAB Lim Hong Siang, DPM2


Surat asal jemputan yang sarat frasa pemantap semangat, ‘demi nusa bangsa’ dan ‘demi untuk kesejahteraan negara tercinta’ adalah permulaan perjalanan Lim Hong ke Putrajaya.  Dia sendiri tidak pernah terfikir (terfikir? ah, bermimpi pun aku tak pernah!) bahawa begitulah akhirnya perjalanan seorang sosialis demokrat duduk di samping, lebih tepat di bawah (ketiaknya) Satu Malaysia.  Wahai,  betapa lawaknya, itulah terminal terakhir  sebuah perjuangan yang panjang lagi maha sengit itu.


2.

Sekarang ini, secara tiba-tiba,  kehidupannya berubah 360 darjah.  Di pejabat yang mana saja, di acara rasmi yang mana saja, malah di laman-laman masjid yang mana saja, dia ditabik sebagai YAB,  DPM2.  Mereka mengalu-alukan kehadirannya dengan segala basa basi yang sangat manis di telinga: 

‘YAB, DPM2 yang dikasihi’.  ‘Good morning Sir, a very good morning Sir!! The weather is fine today.  It’s good for a short session of golf”. 

Namun sekarang ini rasa bahagia kehidupannya sebagai Orang Besar Gomen masih terasa pahit dan hambar.  Masakan tidak,  setiap kali ini dia ‘turun padang’ sebagai Orang Besar Gomen,  yang dihadapinya ialah siri protes ahli-ahli Partinya.  Memang memeritkan setiap kali dia turun ke padang sebagai pegawai besarnya Gomen Satu Malaysia,  setiap kalilah (bukan, bukan  ‘Ini kalilah!’)  dia terpaksa berdepan dengan pelbagai protes yang marak tumbuh di seluruh pelosok negara.  Protes-protes oleh aktivis parti terhadap batang tubuhnya sebagai Orang Besar Gomen kerana menjual harga diri dan maruah.  Mereka memprotes terhadap ketua parti yang sekian lama diasuh-didiknya,  parti yang telah dibesarkannya dengan titik peluhnya, air matanya, darahnya dan cemuhan mereka yang begitu memedihkan Parti barua tengik Lee Kuan Yew.      


3.


Rakan seperjuangannya Jagjit Singh, Menteri Penjaga Undang-Undang kabinet Satu Malaysia yang semasa dalam gelanggang Pakatan Reformasi dulu yang tersangat murah dengan gesaan tersohor, “Anwar mesti bertaubat!” itu semakin pening pabila bercakap tentang keluhuran undang-undang.  ‘Set Undang-Undang yang manakah yang mahu kuluhurkan?’ fikirnya.   Baginya  mesyuarat kabinet bab Undang-Undang adalah sesi tepuk menepuk meja kerusi, lempar melempar dan baling membaling fail yang meriah sekali. 

Hari itu,  tatkala dia turun padang ke Jelutong, sekelompok ahli partinya (kelihatannya, 80 %  India), riuh rendah sekali menyanyikan lagu-lagu ‘Justice for Kugan’ , ‘Keadilan buat Dhamendra’ et. al).  Sementara itu,  Hong Siang sudah terlalu pening melihat telatah Jagjit setiap kali mereka hadiri mesyuarat kabinet.


“Is this what we have been fighting for?” kata Hong kepada Jagjit setelah sepanjang hari lusuh bertengkar tentang undang-undang dan keluhurannya.   

   
4.


Mutakhir ini, hari ini sekali lagi berita GAP mahu ditendang keluar Gomen Satu Malaysia sudah bukan rahasia lagi.  Para pemimpin besar Gomen Satu Malaysia sudah yakin bahawa kerabat yang lebih ‘ngam’ mestilah berkulit Melayu dan berwajah Islami.  Sebabnya mudah, Melayu kelihatan lebih ‘natural’  setiap kali dan apabila menjerit-jerit, “Hidup Islam! Hidup Melayu!” (urutan ‘Melayu’, ‘Islam’ ini boleh disusun atur mengikut keadaan.  Kadang-kadang ‘Melayu’ di depan, kadang ia di belakang.  Terserah suasana, masa, keadaan dan selera ketika-ketika tertentu).


“Bos, mereka mahu bincang lebih lanjut, lebih terperinci senarai jawatan kabinet yang bos cadangkan itu.  Kata mereka,  itu tak memadai untuk tujuan perpanduang!”  demikian maklum balas staf Gomen Satu Malaysia dengan senyumnya yang sedikit diherot-petotkan.




No comments: