Saturday, June 1, 2013

'Akhlak jamaah Islam'



Sumber: Detikdaily

“Maka sekali lagi saya nyatakan, sekiranya persetujuan telah diberi oleh wakil rasmi PAS dalam mesyuarat PR bahawa PAS tidak akan bertanding di Kota Damansara apabila PKR menurunkan calon, walaupun calon itu adalah Dr. Nasir, maka tindakan PAS bertanding di Kota Damansara adalah salah, bercanggah dengan akhlak jamaah Islam dan menjatuhkan imej PAS dan Islam dikhalayak ramai.

Saksikan ya Allah bahawa saya telah tunaikan tanggung jawab saya kepada pimpinan saya!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD”


PEMERHATIAN terhadap isi petikan di atas.

2.  Apa yang dapat kita saksikan dan tanggapi?


i) Khalid Samad tidak berdiam diri tapi terus mengangkat isu ini berkali-kali untuk perhatian pihak-pihak tertentu dalam parti Islamnya.  Mungkin isu ini telahpun dibangkitkannya melalui saluran-saluran yang betul i.e. via saluran rasmi Parti.  Mungkin.  Mungkin juga tindakannya sebelum ini membawa isu ini melalui saluran rasmi Parti itu tidak berkesan.  Mungkin.  Mungkinkah tindakan disiplin itu dikira bukanlah kaedah yang Islamik?  Mungkin.  Kita tidak tahu apakah lagi yang ‘mungkin-mungkin’ itu.  Ertinya,  apa yang berlaku di dalam bilik mesyuarat Parti selama ini tidak diketahui oleh khalayak,  termasuk para pengundi Pakatan Rakyat yang menolak hudud dan membenci negara Islam.  Namun apa pun pendirian mereka tentang Islam,  para penyokong Pakatan ini tetap memberikan sokongan mereka dengan mengundi calon-calon Pakatan Rakyat, termasuklah calon-calon Pas.  Apakah mereka tidak perlu ketahui apa yang Pas (sebagai komponen Pakatan Rakyat) sudah lakukan dengan perbuatan ‘gross indisciline ini’?  Atau adakah Pas berpendapat memang Pas dan calonnya memang TIDAK bersalah?  Atau apakah di dalam batang tubuh Pas itu, memang wujud kaedah lain untuk mendisipinkan ahli-ahli Parti yang melanggar disiplin?  Pendek kata, kita ingin mendengar pandangan rasmi Parti berhubung perkara-perkara disipilin seperti ini.  Kita (para penyokong Pakatan Rakyat)  ingin mendengarnya dengan terang dan jelas.   

ii) Khalid Samad telah menyua batang lehernya apabila berkeras mengangkat isu ini untuk perhatian khalayak umum.  Dalam sesetengah organisasi, perbuatan seperti ini dilihat dan ditafsirkan sebagai perbuatan sengaja melawan tauke.  Dalam sesetengah organisasi bobrok perbuatan ‘makar’ yang terang-terangan begini bakal mengundang terlalu banyak risiko termasuk dikeroyok dan diperosok ke dalam peti sejuk.  Namun Khalid telah menutup suratnya dengan deklarasi yang cukup jelas “Saksikan ya Allah bahawa saya telah tunaikan tanggung jawab saya kepada pimpinan saya!”  WaLlahu 'Alam
 
iii)  Sesungguhnya bagi rakyat (termasuk yang bukan Islam) yang sentiasa mendambakan ‘good governance in action’ inilah contohnya.  Syukurlah,  ada pemimpin Pas yang berani membudayakan nilai-nilai seperti ini dengan AMALAN dan BUKAN HANYA sekadar membaca dan bersyarahkan isi-isi kitab di depan jemaah.  Kita sudah puas dengan syarahan tentang kehebatan Islam di merata pelosok negeri.  Bertahun-tahun kita melakukannya.  Ya, memang benar,  kita perlukan lebih banyak contoh.  Misalnya pelbagai contoh yang dibawa oleh TGNA sepanjang pentadbirannya.


Wallahuaklam.




No comments: