Saturday, June 1, 2013

‘Why people still believe in DAP?’



‘Why people still believe in DAP?’
(Musim durian dan musim pilihan raya)


Saudara,

Bagiku minggu-minggu sebelum pilihan raya samalah seperti memasuki musim durian yang sedang galak meluruh.  Ketika itu dusun yang selama ini tidak terurus, tenggelam dalam semak samun menjadi jauh lebih cerah@bersih kerana ketika itu tuan-tuan punya dusun akan menjadi lebih rajin daripada biasa.  Mereka lebih rajin menebas dan membersihkan dusun masing-masing.  Kenapa?  Dusun yang lebih cerah@bersih memudahkan proses mengutip hasilnya.  Jika ada durian yang luruh, walaupun pada malam yang gelap gelita, ia lebih mudah ditemui.  Dan seperti biasa, pabila duriannya telah lugas luruh semua, dangau penunggu durian juga ditinggalkan.

Begitu jualah caranya orang-orang politik merayakan musim-musim pemilihan dalam partinya. Musim pemilihan adalah musim memperagakan diri.   Itulah saat dan ketikanya mereka menunjukkan misi, visi dan wawasan perjuangan masing-masing.  Jika saudara ingin melihat siapakah perjuang tulen bangsanya, agamanya (urutan ini boleh saja diubah-berubah mengikut selera dan keadaan) perhatikan telatah mereka di musim-musim pemilihan ini.  Ya, perhatikan kelakuan mereka pada musim-musim pemilihan pucuk pimpinan parti ini.  Saudara perhatikan tingkah laku, ucapan dan syarahan mereka hari-hari sebelum pemilihan itu. 


2.


Saudara,

Beberapa hari yang lalu; kuterima teks yang pada kebiasaannya cukup popular di musim-musim pilihan raya umum, khususnya di ambang PRU itu.  Entah kenapa teks ini baru saja kuterima.  Agaknya ia ketinggalan kereta api pilihan raya.  Atau tersasar?  Mungkin juga pengirimnya mengira-ngira akulah Cina MCA yang sudahpun kelihatan ingin berjinak-jinak dengan DAP.  Bagiku teks cuba memperingatkan betapa aku sewajarnya membenci dan lebih waspada terhadap kefanatikan gaya sesetengah orang-orang tertentu menterjemahkan Islam. Oleh kerana aku ― Cina MCA yang berjinak-jinak dengan DAP ― maka aku perlulah diperingatkan.  Aku perlu diperingatkan kenapa aku mesti mengundi Umno. Mungkin.

Saudara boleh membaca Mandarin?  Atau saudara sudahpun muntah-muntah hijau  melihat aksara fanatik@anti nasional seperti di bawah ini?  Aku tak mampu.  Tak mengapa,  ada sahabat yang boleh membantuku.


们微笑当回教堂被侵犯时。我们仍然咧嘴笑容当破晓时分祈祷音律被投诉扰人清梦。你们只是稍微得势就想踩在我们的头上难道你们如此相信哗众取宠的火箭党。"

Sahabatku ‘menterjemahkannya’ begini:

This sms in Chinese is a comment relating complaints made against the Mosque like the voice volume of the morning paryers.  It was written by Muslim against DAP and asked why people still believe in DAP.


3.


JIKA saudara ingin menjual semangat bangsa dan agama (terserahlah,  yang mana satu mahu didahulukan, dan yang mana pula yang mau dikemudiankan.  Saudara pilihlah sendiri.  Jika saudara mahu kelihatan lebih religius dan khalayaknya pula jelas maukan agama, letaklah agama di depan),  JAJAlah dagangan ini di musim-musim pemilihan.  Pasti ada yang mahu membelinya.   Aku?  Aku telah lama tinggalkan itu semua dan segala kepercayaan seperti itu.  Sebabnya mudah, yang aku mahu adalah ‘good governance’.  Bagiku keupayaan untuk menzahirkan ke dunia nyata (bukan dalam ‘alam cakap-cakap’ saja)  tatakelola yang cemerlang itu bukannya milik atau hak mutlak bangsa-bangsa dan agama tertentu.  Bukankah begitu?



 
  

No comments: