Friday, May 31, 2013

Not tired being duped by rascals?



Sistem, strategi, agenda propaganda


Selama lebih tiga purnama, setiap hari siang dan malam, dia dihidangi nasi putih lauk ikan masin.  Setiap waktu hidangan itu ditelannya tanpa kunyah kerana kepalanya dibius zat yakin ‘inilah rezekiku.’   Namun dia juga sedar matanya semakin binau, jalannya juga lurus seperti ketam.

Hari ini dia tak dengar lagi segala pengumuman, hebahan, jerit pekik tentang tragedi orang menggadai Allah atau meratapi nasib spesies ketam semakin pupus.  Cuma yang ada, tanda putra bakal ditayangkan kepada khalayak.

Entah kenapa, sekarang ini orang mula bercakap tentang tentera semut dan lidah berdakwat.  Dia semakin bingung tapi tetap gumbira kerana lidahnya, tekaknya tidak lagi percaya bahawa sesungguhnya ikan masin itu masin.


2.

All your life, day in and day out, you have been tricked and duped by these obvious rascals, and yet you are NOT tired?  How do you explain that?




No comments: