Memperingati
tragedi bangsa
(tanpa melupakan tragedi peribadi)
Masih ingatkah
tarikh-tarikh segala tragedi yang kita lalui, (baik sebagai individu) maupun
sebagai sebuah bangsa? Di antara contoh-contohnya
ialah:
i) Opersi
Lalang
ii) Pemecatan,
penangkapan dan mata lebam
iii) Pemecetan
Tun Salleh Abas
iv) Ahmad
Lutfi ditangkap di bawah Akta Keselamatan Negeri, ISA
v) Kelulusan persempadanan
semula kawasan pilihan raya yang jelas mengkhianati orang-orang Melayu Baling
vi) Pembantaian
Memali dan Ibrahim Libya kerana politik,
vi) Pengisytihatan
darurat di Kelantan,
viii) Dinsman
membaca sajak panjang untuk Mahathir
ix) Pas
bergabung dengan Umno, maka lahirlah BN
x) Pembunuhan
Utusan Melayu
xi) Kehilangan
Pulau Batu Putih
xii) Tumit
kasutku patah semasa menerkam dan meraung-raung mendengar pengumuman dan
lakonan, “Dah lama dah..!”
xiii) Menikahi
isteri baru yang ternyata pisau cukur
xiv) Membuang
Singapura dari Malaysia
xv)
Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia
xvi) Serangan
terang-terangan terhadap Lahad Datu
xvii) Tulisan
Jawi dinazakkan secara rasmi
xviii) PPSMI
dilancarkan
xix) Siti
Nurhaliza telah berkahwin dengan Datuk K, maka ramailah yang kempunan
xx) Tersungkur
di kaki Gunung Jerai: Kedah jatuh semula ke tangan Umno
xxi) Utusan
Malaysia turut berkempen dalam pemilihan saf kepimpinan Pas
xxii) Beng
Hock mati di tangan aparat
xxiii)
Altantuya tak akan kembali lagi
Dan lagi dan
lagi....
Senarai yang
kedua ialah: Masih bolehkah kita
bermimpi? Mimpi-mimpi seperti:
i) Azam dan
doaku untuk memasuki dan berkempen di seluruh Felda terkabul
ii) Pakatan
Rakyat berjaya dalam pejuangan mendapatkan stesen-stesen tv, radio bukan milik Umno
iii) Seluruh
kabinet betul-betul berhenti berbohong dan sentiasa bercakap benar
iv) Merayakan
kejayaaan program Gerakan Satu Rumah Satu ‘Roket’, Satu ‘Harakah’, Satu ‘Suara
Keadilan’
v) Universiti
mendapat kembali suaranya
vi) Semua institusi
‘mengangkat semula kepala’nya. Semua
institusi berhenti dimalukan
vii) Utusan
Malaysia bertaubat nasuha.
viii) Dengkiku
membuak-buak melihat kejayaan terbaru Ustaz Azhar Idrus (Ooops ini sepatutnya
dalam senarai pertama...)
Dan lagi dan
lagi...
No comments:
Post a Comment