Sumber:
Harakah bil. 1853 tarikh: 17-20 Jun 2013 (halaman N26).
ADUN Pakatan Rakyat Pahang diboikot
Oleh Basiron
Abdul Wahab
Dalam PRU13
yang baru lalu, rakyat Pahang telah
memilih tiga orang calon PAS untuk ke DUN Pahang iaitu Syed Hamid Syed Mohamad
(Kuala Semantan), Ustaz Rosli Jabar (Tanjung Lumpur) dan Andansura Rabu
(Beserah). Rupa-rupanya keputusan rakyat
itu (adakah ini disebabkan oleh kehadiran pengundi Bangla dan pengundi@hantu?) tidak
dipedulikan oleh kerajaan Umno/BN. Berikut
ialah petikan beberapa perenggan berita berhubung ‘tidak laku’nya ADUN yang
telah dipilih dalam PRU13 tempoh hari:
Pertama:
“Dalam surat
yang dikeluarkan oleh Yayasan Pahang mengesahkan tanda tangan Wakil Rakyat
Pakatan Rakyat tidak laku. Bagi kawasan
yang diwakili oleh Pakatan Rakyat, Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Besar
mengambil alih tugasan itu.”
“Tanda tangan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diperlukan untuk mengesahkan permohonan
pelajar bagi mendapatkan bantuan wang tunai (RM500) dari Yayasan Pahang.”
Kedua:
“Tindakan
kerajaan Umno-BN tidak mengiktiraf tanda tangan wakil rakyat Pakatan Rakyat
disifatkan sebagai tidak menghormati rakyat dan demokrasi.”
Ketiga:
“Selain tanda
tangan Adun Pakatan Rakyat untuk pengesahan permohonan bantuan Yayasan Pahang
tidak diterima, Kerajaan Umno Pahang juga memboikot Adun-Adun berkenaan
daripada menghadiri mesyuarat mesyuarat majlis tindakan daerah yang
membincangkan isu pembangunan kawasan masing-masing.”
2.0
Bagaimanakah caranya orang-orang seperti ini berfikir?
Kita tidak
mahu berhujah panjang-panjang ― hujah yang lengkap dengan rujukan prosedur,
peraturan dan undang-undang berhubung kerajaan dan tata kelolanya (government
dan governance). Cukup jika kita
senaraikan soalan yang rasanya relevan:
2.1 Apakah
yang Pakatan Rakyat, khususnya Pas Pahang akan lakukan dengan peristiwa-peritiwa
ini? Mungkin laporan berita ini dalam
Harakah ialah langkah pertama kerana kaedah-kaedah yang lain sedang disusun
untuk tindakan lanjut. Adakah di antara
tindakan lanjut yang telah disusun itu termasuklah membawa kes-kes ini ke
mahkamah? Dan sekiranya kos guaman yang
terlibat untuk membawa kes ini terlalu besar, maka Pas Pahang akan jelajah
seluruh negeri Pahang untuk memkalumkan kepada seluruh rakyat Pahang? Kita yakin para penyokong Pakatan Rakyat di
luar Pahang juga akan bersedia untuk menderma bagi membiayai kes ini.
2.2 Dalam
mengurus@memerintah Negeri Pahang, kaedah apakah yang digunapakai oleh kerajaan
Umno/BN? Apakah dokumen rujukan tertentu
seperti Undang-Undang Tubuh Negeri, Perlembangaan Negeri, Perlembagaan Negara
digunakan semasa mengurus? Bolehkah kita
tahu klausa dan terma yang mana satu yang telah digunapakai oleh kerajaan
Negeri Pahang semasa menangani dan mengajar rakyat di ketiga-tiga DUN yang
memilih Pas itu?
2.3 Negeri
Pahang itu di mana letaknya, di benua Asia, gurun Sahara atau nun di hujung
benua Afrika?
2.4 Sekarang
ini Negeri Pahang itu berada dalam zon waktu yang mana satu? Adakah kerajaan Umno/BN memerintah dengan
menggunakan mesin kembara masa, time machine ― dan sekarang ini mereka berada
di adab sebelum datangnya Nabi?
2.5 Atau sudah
terbayangkah dalam kotak fikiran Umno/BN Negeri Pahang bahawa pada masa depan segala
proses pilihan raya yang rumit, membuang tenaga dan menghabiskan beras itu akan
diganti dengan cara yang lebih baik?
No comments:
Post a Comment