Friday, June 14, 2013

'women caned for syariah offences'



http://www.malaysiakini.com/news/232806

22 women caned for syariah offences in Johor

12:16PM Jun 13, 2013


Twenty-two women were among the 39 who received six strokes for syariah offences that included incest and intercourse among unmarried couples in Johor.

Two other women, as reported in Berita Harian, managed to get a deferment to their punishments - as one is pregnant and the other had recently delivered a baby - and are presently in confinement.

They are the first batch of syariah offenders in Johor handed down the sentence in the closed quarters of the Kluang prison.

The Johor Islamic Affairs Department (JAIJ) is weighing suggestions for sentences to be meted out in public or in mosques.

The punishments are in line with the Syariah Criminal Offences Enactment implemented nationwide, but had only just been implemented in Johor over the past two months, as reported by the daily in its front page today.

The offenders were men and women aged from 20 to 50 after undergoing trial for two years.

A man and a woman were the first to be punished on April 4 for incest.

It was also noted that seven men and nine women received the sentence, for having sex when single on May 17.

Senior assistant director of enforcement of the JAJ, Mohd Zambri Kambari, said this was the first time that such a punishment was meted out in Johor, as offenders in the past had been previously fined RM5, 000, or jailed for three years.

Zambri emphasised that the strokes are to create self-realisation and awareness for the individuals concened as well as the public and not actually a form of punishment.

"That is why we are considering to have the punishment be done in the open or in mosques," he said, adding that its observations showed that the punishments had created the desired awareness among the public.



KOMEN


Selama ini, biasanya penulis tidak akan komen berita-berita seperti ini.  Berita seperti di atas ini dibaca dengan  rasa jengkel, keluh kesah sambil merungut dalam hati, “Kenapalah hal-hal yang menyedihkan begini terjadi kepada sebuah institusi yang menjaga agama?  Dalam senarai tugas, tanggungjawab dan peranan Jabatan Agama Islam, adakah penguatkuasaan enactment inilah yang paling tinggi urutan keutamaannya, rankingnya dan tanpa banyak dolak dalik lagi enactment mestilah dikuatkuasakan?”

(Ada sesiapa yang arif dengan Syariah Criminal Offences Enactment ini?  Ia mengikut hukum hakam Islam?  Apakah latar belakang Enactment ini?)

Nah, itu baru cerita keresahan dan kepedulian seorang individu Islam, seorang duli seperti saya ini.  Ya, baru SATU saja gerak batin sebutir debu di tapak kaki yang berdukacita kerana Islam dibawa ke dalam gelanggang, agaknya untuk membuktikan betapa besarnya kasih sayang Islam terhadap pengikutnya.

(Awas kamu, jangan main-main dengan agama dan hukum hakam agama.  Kamu yang jahil, yang tak pernah sekolah agama jangan cuba masuk campur dalam wilayah bukan milik kamu.  Sana pergi jauh-jauh, ini bidang khusus untuk orang-orang yang mengetahui, hafal dan arif dengan bidangnya.  Apakah kamu tidak tahu,  apakah kamu tidak sedar mempersenda-sendakan agama itu perbuatan yang mungkar?  Awas kamu, jangan sampai menulis yang bukan-bukan, takut-takut tersalah tulis, tersalah cakap murtad dan kafirlah kamu!)

Oleh itu orang-orang kebanyakan seperti penulis akan berdiam diri melihat lakonan dan persembahan acara agama seperti di atas itu dipentaskan.  Dan sekali lagi agama yang menjadi penyuluh kehidupan di dunia dan di akhirat itu,  dijadikan bahan untuk menyambung nyawa nafas-nafas politik.


2.0

Sebelum kita tutup tulisan ini, ada beberapa soalan yang berlegar-legar dalam benak:

i) Menurut berita di atas, sebatan ini dilakukan 2 bulan yang lalu di penjara Kluang.  Kenapakah beritanya baru dilaporkan kelmarin oleh BH?  Kenapakah berita ini tidak dilaporkan dan dicanang setiap hari, setiap saat, ke seluruh negara pada hari-hari sebelum 5 Mei 2013 yang lalu?  Pada pandangan kita, jika berita ini dicanang ke seluruh negara ia adalah langkah TERBAIK kerana ia pasti membuktikan betapa Islamnya sebuah kerajaan negeri yang sedang hebat diserang Cina DAP ketika itu?  Ya, kenapakah 2 bulan kemudian dan setelah pilihan raya berlalu ― baru berita ini dilaporkan?  Adakah sebab-sebab tertentu, maka masa dan ketika (timingnya) mestilah kelmarin?  Usahlah berhujah dengan “jangan politikkan isu ini kerana sekian, sekian dan sekian dan agama itu di bawah wewenang Sultan”.  Apakah lagi di negara ini yang bebas dari cengkaman politik? 

ii)  Katanya lagi mengikut staf Jabatan Agama Johor ini, ada kemungkinan sebatan pada masa depan akan dilakukan di depan khalayak.  Apakah mereka telah renungi dan telah fikir semasak-masaknya bahawa inilah yang TERBAIK untuk ummah?  Ya, pada pandangan mereka dalam menangani zina itu, inilah kaedah terbaik?  Ya, dalam senarai urutan keutamaan tugas, peranan dan tanggungjawab Jabatan Agama Johor ini, inilah yang TERBAIK untuk mereka yang didapati bersalah berzina itu mereka sebaik-baiknya dan seelok-eloknya disebat di depan khalayak?

iii) Dalam senarai urutan keutamaan tugas, peranan dan tanggungjawab Jabatan Agama Islam itu, di manakah letaknya kerja-kerja mengurus zakat yang berjuta-juta itu? Di urutan yang ke berapakah proses mengurus zakat itu berada?  Sudah mantapkah urusan mengurus zakat segala negeri?  Ya,  memang sistem pungutan dan agihan zakat negeri telahpun mantap kerana ia menggunapakai sistem kualiti sekian, sekian untuk mengurus wang zakat negeri itu?  Adakah orang-orang Islam rakyat Johor yang dahaga untuk ‘berbini dan berlaki’ itu termasuk di dalam asnaf zakat?  Ya,  mereka yang lapar ini dapat menikmati wang zakat sehingga terhindar dari berzina?  Atau inilah contoh soalan yang ‘bodoh’?

 iv) Dalam senarai urutan keutamaan tugas, peranan dan tanggungjawab Jabatan Agama Islam, sudah beres dan ‘tip-top’kah segala proses dan urusan nikah cerai semua pasangan yang bergelut untuk mendapat kehidupan yang baru?  Atau telah aus segala tumit kasut berulang alik ke mahkamah?

v)  Dalam senarai urutan keutamaan tugas, peranan dan tanggungjawab Jabatan Agama Islam, sudah beres dan ‘tip-top’kah proses dan urusan harta-harta wakaf yang ada?  Atau itu bukan urusan tugas, peranan dan tanggungjawab Jabatan Agama Islam? Atau inilah satu lagi contoh  soalan yang ‘bodoh’?


3.0

Buat sementara, ramai yang berpolemik, berdebat tentang tugas, peranan dan tanggungjawab hakiki sebuah Jabatan Agama Islam yang telahpun menyebat mereka bersalah berzina.  Namun segala rakyat TIDAK AKAN LUPA UNTUK TURUN KE PADANG MERBOK PADA 22 JUN 2013 ini.  MEREKA TIDAK LUPA DENGAN AZAM DAN CITA-CITA MENGHUMBAN SPR KERANA MENIPU.

Yes, no amount of diversion will be able to drain off that burning desire.




No comments: