Tuesday, July 30, 2013

Jika rakyat Mesir boleh bersabar dengan Mubarak 31 tahun...



TRAGEDI MESIR DAN MASA DEPAN GERAKAN KITA
Oleh: Ahmad Muhajir

Kelab bola sepak: Zamalek (bawahan) versus Al Ahli (atasan) ini nama dua kelab  bola sepak di Mesir, bagaikan penyokong dan persaingan antara Real Madrid dengan Barcelona. Insiden berdarah di antara penyokong Zamalek dengan Al Ahli dalam pertandingan bola sepak di Port Said pada 1 Februari 2012, adalah momen tragik sebelum Presiden Mursi berkuasa; 76 orang meninggal dunia, ribuan luka-luka, kelab penyokong bola sahaja boleh berbunuh-bunuhan. Ini ada penting dari Said al-Katani, ahli MT Ikhwanul Muslimun (IM)  “pegawai keselamatan Mesir tidak pernah serius menguruskan konflik bola sepak”.
Siapapun memimpin Mesir setelah Mubarak, tidak boleh mengendalikan tentera dan menguruskan konflik bola, akan mudah digoyang, dikudeta dan tidak mustahil akan mencetuskan  perang saudara. Tentera hanya pandai membunuh dan menembak. Tamarud (pembangkang) yang katanya berhasil mengumpulkan 15 juta orang, apakah dakwaan ini  betul? Di belakangnya adalah Amr Musa, menteri luar Mesir zaman Mubarak yang juga agen Mossad, SBnya Israel. 
Pertama tes sejarah dari krisis multidimensi, kerana selepas Mubarak Mesir masih panjang waktu nya untuk meninggalkan warisan teokrasi, yang diwarisi dari Raja Namrud dan Maharaja Firaun, berabad-abad lamanya.  Mubarak bukan sahaja berhasil mencipta jurang kemiskinan, tetapi berhasil memperbodoh rakyat dalam khayalan kehidupan zaman Firaun yang penuh flamboyan dan fatamorgana. Memang kita akui Al-Qahirah Ummud Dunya (pusat beradaban), namun negeri Lembah Nil dililit hutang yang begitu banyak dan masih jahil atau celek  huruf baru sekitar 72%.
Kedua IM perlu pemimpin yang diterima semua pihak, dan harus diakui IM dengan sayap partinya adalah paling solid setelah Mubarak.  ”Dosa Mursi” adalah terlalu soleh dan jujur, lurus bendul, selalu solat berjemaah di Istana, selalu mengamalkan solat dhuda dan bertahajud, dan sampai hari ini masih tinggal di apartemen sewanya. Kita perlu pemimpin seperti Rasyid al-Ghanusi yang menjadi magnet kepada semua pihak, dan beliau tidak segan mengatakan akan meniru kebijaksanaan yang ditempuh oleh  Recep Tayyip Erdogan.
Dr Mursi, ingin menceritakan segalanya, tanpa malu dan ingin  berterus terang, di sini kurangnya hikmah dan marhalah tahapan yang diajarkan oleh As Syahid Hasan al-Banna. Rakyat Mesir yang tidak sabar dan tiada sistem, sebagaimana negara Arab lainnya, ingin  berubah sekelip mata, sementara Mursi sudah berucap 60 kali, ini tindakan yang kurang berfaedah.
Erdogan tahun pertama bercakap, tahun kedua merancang dan tahun ketiga bertindak. Rakyat Turki yang beradab, tidak sama dengan rakyat Measir dan dunia Arab lainnya, Mursi memang tidak sekuat Jamal Abdul Nasser yang diterminan, Anwar Sadfat yang flamboyan dan Mubarak yang aristokrat-diktator. Ketiga di setiap negara yang melalui peralihan demokrasi, memang perlu membayar dengan harga mahal.
Krisis gas, minyak, gandum dan keperluan asas lainnya ini semuanya dikatakan salah Mursi, padahal zaman Mursi berkuasa telah berhasil mengupayakan pertanian gandum yang sangat berhasil di Port Said, yang di zaman Mubarak ini tidak pernah terjadi. Belum lagi usahanya dalam membuka kilang Samsung, menaikkan gaji pegawai kerajaan dan menaikkan pencen sampai 200%. Membuat kilang senjata ini yang ditakuti Amerika,  jika ini berpanjangan senjata Amerika sudah tidak laku.
Mengembangkan Terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia, yang zaman Mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak USD 5.6 juta pertahun, akan meningkat USD seribu juta pertahun. Membuka kilang kereta.  Membuat kilang sejenis i-pad, sehingga seluruh rakyat nanti boleh menggunakan alat elektronik yang bermutu dan  harga murah. Dia mampu mempertahankan simpanan negara, yang sebelumnya Mesir sudah di ambang kebangkrutan.
Mampu menarik pelabur asing dan dipercaya oleh pemodal asing. Dia mampu menciptakan lapangan kerja untuk 600 ribu orang setiap tahun, membuka jalan darat antara Mesir dan Sudan, membawa sebahagian harta yang dicuri Mubarak dan kroninya, menegakkan mahkamah yang adil, mengurangkan ketidakadilan. Banyak lagi yang tidak boleh disebutkan, kerana semunya ini membuat Amerika dan Israel serta tali batrutnya di dunia Arab dengki dan sakit hati.
Saki baki Mubarak masih menguasai birokrasi; berkonspirasi dengan liberal sekular, syi’ah (ini diwakili oleh Hamden Shabahi, wakil Iran di Mesir) dan Dhahi Khalfan, yang paling marah kepada kumpulan yang menantang Bashar Assad di Syria, komunis dan Kristian koptik yang fanatik.
Mursi menghadapi sistem Firaun dan Namrud beribu tahun lamanya, sementara Erdogan berurusan dengan sistem sekularisme dan ototarian Attaturk baru hampir satu abad.  Erdogan menemui rakyatnya yang sudah beradab, ini bezanya dengan Mesir yang pengotor dan kasar, Istanbul sebahagiannya berada di Erofa, membawa pengaruh postif kepada sistem dan adab rakyat Turki, yang diajarkan oleh Erofa, padahal hakikatnya ini dulu diajarkan dan diwariskan kerajaan Islam di Andalusia dulu, substansinya ini yang diajarkan oleh Al-Qur’an dan hadith.
Jika rakyat Mesir boleh bersabar dengan Mubarak 31 tahun,  kenapa Mursi baru setahun jagung tiada klesabaran itu, jika diberi peluang 5-10 tahun kepada Mursi mungkin Kahirah dan Mesir tidak sekotor seperti hari ini. Terlalu awal kita menilai akan terjadi perang saudara, dan terlalu pagi kita Mursi akan tercampak selamanya, namun menurut seorang cendikiawan di sini,  IM perlu belajar dengan sebuah parti yang ada di Malaysia.  Kita tidak tahulah apakah pernyataan ini betul atau pun salah.
Tidak mustahil dengan izin Allah Swt,  dia akan  berkuasa kembali. Bagi rakyat Aceh kedatangan Mursi setelah Tsunami 2004 adalah kenangan indah bagi negarawan, yang engineer namun pandai mengurus negara. Kerana dia dikawal oleh ulama-ulama yang tawadhuk dan hebat berfatwa, namun tidak minat berkuasa.
Bezanya dengan BJ Habibie yang memotong bisnis tentera dan cukup makan gaji. Sementara di Mesir tenteranya sudah berniaga dari tahun 1952, dalam masa 40 hari Mursi nak potong, ini tidak mudah kerana perlu pendekatan psikologi.  Indonesia dan Turki presidennya adalah merangkap panglima tentera, sementara Mesir menteri pertahanan merangkap panglima tentera inilah yang jadi blunder.
Kini perlu dihidupkan kembali tarbiyah ruhiyah, kursus politik yang beradab, pendidikan sepanjang hayat wajib  hukumnya, jika pendidikan ditinggal,  dakwah bil hal diabaikan, dakwah syumuliah hanya sekedar bicara tidak nampak dalam akhlak dan tindakan, akan melahirkan terus politik tidak beradab, dan jadilah terus “politicking’ politik adalah panglima atau raja, walaupun menghalalkan segala cara.  IM  sudah melakukan tarbiyah ruhiyah-pendidikan, agaknya mungkin belum menyentuk rakyat Mesir secara menyeluruh, terutama tentera dan kalangan birokrat.
Sebuah kisah tahun 1982 Syeikh Abdul Hamid Kisk didepan Husnik Mubarak ”Kunna na’taqid ba’da Saddat saya’ti lamna imamun ‘adil, walakin jaa’Adil Imam”. Rupanya setelah Anwar Sadat tiada datanglah Husni Mubarak, yang akan  lebih adil, tetapi yang nyata datang adalah Adil Imam seorang pelawak Mesir yang disukai ramai dan semua golongan di Mesir, kini datang pula “Adli Manshur seorang Kristian Koptik, sesuai dengan namanya yang adil dan suka menolong, betulkah? Yang pasti Intanshurullah yanshurkum wayutsabbit aqdamikum, Walahu’alam.




No comments: