Monday, July 15, 2013

KARPAL SINGH PRESIDEN REPUBLIK MALAYSIA?



KARPAL SINGH  PRESIDEN  REPUBLIK  MALAYSIA?
 (kelakar bulan puasa?)


Jika diadakan majlis perbahasan terbuka (walaupun di kalangan para pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat) di tepi pantai Kuala Besut, kita ingin mencadangkan tajuk-tajuk bahas seperti berikut:


Satu:  Karpal Singh sebagai Presiden Malaysia jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya

Dua: PAS hanyalah boneka (dalam Pakatan Rakyat), DAP bosnya

Tiga: DAP telah menghalau Melayu Pulau Pinang

Empat: BN (penjaga Melayu) adalah kuasa penentu dalam BN

Lima: Jika PAS menang di Kuala Besut, DAP memerintah Terengganu


Untuk mengajak para pengundi Kuala Besut supaya mereka tidak selama-lamanya diperbodoh-bodohkan selama-lamanya oleh Umno, alangkah baiknya jika tajuk-tajuk di atas dibahas walaupun di kalangan para pembahas Pakatan Rakyat di pantai Kuala Besut. (Alangkah bagusnya jika team Mat Said mahu berdebat).  

Untuk tajuk yang pertama, pembahas DAP mungkin diwakili oleh Karpal Singh sendiri atau pun anaknya, Deo sebagai the devil’s advocate yang berhujah dengan bersungguh-sungguh bagaimana dia boleh jadi Presiden Republik Malaysia setelah Pakatan Rakyat menawan Putrajaya nanti.  Sementara PAS pula memaklumkan kepada para nelayan Kuala Besut segala aspek yang perlu dan MESTI dilalui sebelum dakwaan Karpal menjadi Presiden Malaysia ini berupaya menjadi kenyataan. 

Untuk memudahkan kefahaman para pengundi, aspek perundangan, perlembagaan dan juga hal-hal lain yang bersabit dengan isu yang kerap diulang-ulang ini memrepublikkan Malaysia disarankan supaya risalah/brosur dalam bahasa yang sangat mudah difahami orang-orang awam, diedarkan sebelum malam perbahasan.  Fokus utama perbahasan ini ialah untuk menjelaskan dengan sejelas-jelasnya kenapa isu Karpal Singh Presiden Malaysia dibangkitkan Timbalan Menteri Umno dalam PRK Kuala Besut itu temberang semata-mata.  Dalam kempen-kempen  pilihan raya, isu DAP dan idea Republik Malaysia ini bukanlah sesuatu yang baru.  Ia kerap dimain-mainkan.  Umno berbuat demikian kerana YAKIN sekali para pengundi Malaysia khususnya orang-orang Melayu akan membeli temberang yang seperti ini.  Timbalan Menteri yang datang dari Pasir Salak ini juga YAKIN sekali yang para nelayan Kuala Besut akan membeli hujahnya (adakah hujah?).  




2.


Tajuk perbahasan keDUA dan keEMPAT merujuk khusus kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat.  Isu ini menjadi modal utama Umno dalam mana-mana khalayak, lebih-lebih lagi pabila Melayunya dominan.  Dalam konteks ini,  khabarnya dalam kalangan Pas sendiri, sudah ada suara-suara yang cukup yakin bahawa sesungguhnya Pas sudah cukup kuat untuk bergerak besendirian (ertinya Pas secara bersendirian sudah mampu memerintah Malaysia.  Mungkin ada yang melihat ini sebagai pandangan seseorang yang sentiasa fancy dirinya hebat, narcissistic -Thinking too highly of oneself: conceited, egoistic, egoistical, egotistic, egotistical, vain, vainglorious).  Maaf,  melencong sikit.

Pada perkiraan kita peluang Pas untuk menjawab segala macam tohmah, putar belit yang selama ini dicanang oleh musuh politiknya itu mestilah dihadapi dan dijawab dengan tuntas.  Ya, PRK Kuala Besut ini dapat dimanfaatkan oleh Pas sebagai salah satu medan untuk mengutarakan segala hujah dan sebab musabab yang mantap, disokong oleh risalah maklumat yang mudah difahami, bagi menjawab segala tohmahan bahawa Pas bukanlah budak suruhan sesiapa.  Jika memungkinkan, alangkah baiknya jika debat ini disiarkan secara langsung untuk diikuti oleh segala pendengar di seluruh buana ini.  Di sinilah Pas, sebagai komponen penting Pakatan Rakyat, menjelaskan makna, aspirasi dan roh kepimpinan rakyat itu jika dibandingkan dengan konsep Umno mestilah dominan dalam BN itu.  Di sini Pas sekali lagi dapat menjawab kenapa suara rakyatlah yang semestinya dominan dan bukannya suara Pas, atau DAP atau pun PKR semata-mata. 

Sesungguhnya berulang-ulang kali, Umno memberitahu orang-orang Melayu bahawa Pas itu budak suruhan dan hanyalah alat dalam Pakatan Rakyat.  Umno berbuat demikian kerana YAKIN sekali para pengundi Malaysia, khususnya orang-orang Melayu seperti di Kuala Besut, akan membeli temberang yang seperti ini.  Timbalan Menteri yang datang dari Pasir Salak ini juga YAKIN sekali bahawa para nelayan Kuala Besut akan percaya dengan dakwaannya: Jika Pas menang di Kuala Besut,  maka DAPlah yang 'memerintah' Terengganu.  Tidakkah ini keterlaluan?


Lampiran untuk rujukan:

ISI-ISI PENTING YANG DIKUTIP DARI LAMAN MALAYSIAKINI versi Inggeris

Deputy Agriculture Minister Tajuddin Abdul Rahman warned Kuala Besut voters that Karpal Singh…

“that Karpal Singh could be Malaysia’s first president if they allow DAP to control Putrajaya through PAS”

He reasoned that PAS wants to be in Putrajaya but has only 20 MPs, hence it has joined Pakatan Rakyat and in doing so has opened its doors to DAP for negotiation.

“Do you think DAP would give them (benefits) for free? They (DAP) would work with PAS, but the condition is that they would demand this and demand that.

“If PAS rules Terengganu, it would be someone else in power and that is DAP, which will influence Terengganu leaders just as DAP influences PAS in Kelantan and PAS in Selangor.

“Even in Kedah in the past, what PAS did was subject to pressure, comments and requests,” he said, adding that this would happen in Terengganu as well despite DAP’s absence there.

“Guan Eng has chased away Malays from Penang Island. How? He builds expensive houses worth RM700,000, RM1,000,000, RM2,000,000.

“Malays can’t afford this and are forced to buy property outside of the island,” he said, while adding that there are only rich Malays left there.

Other examples included claims that former Perak Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin is a DAP puppet, and Guan Eng’s call for the word ‘Allah’ to be allowed in Bahasa Malaysia bibles.

The deputy minister further claimed that although he was trumpeting Malay power, BN looks after the interests of all races and is a fair government.
“The BN government led by Umno, who are Malays, is a government that is fair to all races.

“Where are the neglected Chinese? The oppressed Indians? All these oppression stories are just to instigate the people to hate the government,” he said.





No comments: