Wednesday, July 17, 2013





Seekor udang laut


Empat ekor udang laut (RM 7.95@ RM47.30/kg)
Enam biji pisang Cavendis (RM 4.77 @ 0.976/kg)
Lima biji jambu air (RM3.96 @ 0.524/kg)
Sebiji Tard Blueberry (RM5.00 tidak termasuk cukai kerajaan,  RM 0.30/biji)

Apakah yang boleh disimpulkan dari data benar di atas?

Banyak sudut yang boleh ditinjau, misalnya:

Seorang buruh kasar dengan lima orang anak, isterinya yang sarat mengandung merengek-rengek ngidam sambal tumis udang laut, agaknya apakah akal sang buruh kasar menyelesaikan ‘masalah’ ngidam sang isteri itu?

Agaknya apakah perasaan udang laut yang naik di Kuala Pahang bila mengetahui nilainya di Kuala Lumpur ialah kira-kira RM 2.00 seekor?

Mungkinkah udang RM2.00 seekor ini pernah faham, “Kenapakah nelayan seperti Pak Man dan team perahu kecilnya tak juga kaya raya?”


2.

Kenapakah perlu fikir masalah orang-orang yang tak berduit sedangkan masalah sendiri pun belum beres-beres?  Kenapakah mereka yang miskin ini mahu membenarkan diri menjadi miskin?

Lagi pun,  orang miskin tak perlu cerewet dan bernafsu inginkan hal-hal yang bukan-bukan kerana orang miskin tak punya pilihan.  Kenapa pula perlu mereka-reka cerita emosi tentang udang laut dan isteri buruh yang sarat mengandung dan lagi ngidam?  

Lebih bagus bercakap tentang peluang yang wujud jika menara 118 tingkat di Kuala Lumpur itu menjadi kenyataan.



No comments: