Lagi tentang
anjing
Pada 20 Jun 2013
yang lalu, terdapat sebuah coretan fb saya bertajuk “Kak Intan dan Pak Mie
dengan 800 ekor anjing jalanan”. Ketika
itu saya tidak ceritakan tentang isi perbualan kami sepenuhnya, misalnya soalan-soalan
berikut yang telah Cikgu Ahmad Ashadi dan saya ajukan:
1) Adakah sebarang
kisah di sebalik kesungguhan mereka suami isteri meng’anak-angkat’kan anjing-anjing
jalanan ini?
2) Bagaimanakah
tanggapan orang-orang di sekitar kawasan ini, lebih-lebih lagi orang-orang
Melayu berhubung perbuatan Kak Intan suami isteri memelihara anjing-anjing yang
dibuang ini?
3) Tak adakah
yang mencemuh?
Mari kira
renungi jawapan Kak Intan untuk soalan yang ke-3:
Kak
Intan: Biarlah mereka menghina kami suami
isteri kerana memelihara anjing-anjing terbuang dan yang mahu dimusnahkan ini... Biarlah mereka mencemuh kami kerana memegang dan
membelai anjing. Tuhan lebih mengetahui.
Tapi Kak Intan
pelik juga, orang tak pula mencemuh lelaki-lelaki
yang ke seberang untuk memeluk dan membelai perempuan-perempuan di negara
jiran? Apakah itu bukan perbuatan yang
berdosa?
“Bagus juga
tanggapan Kak Intan”, itulah yang ber’debuk’ dalam diri saya. Ada lagi soalan-soalan yang menerkam:
Syukurlah kerana
kita benar-benar menjaga hubungan kita dengan Ilahi, lebih-lebih dalam bulan
yang baik seperti sekarang ini. Kita berbuat
demikian kerana mahu hubungan itu sentiasa ‘tip-top’ kerana kecintaan kita yang
mendalam kepada maha Pencipta kita.
Syukurlah. Kenapakah agaknya hubungan
yang mendatar (sesama manusia, binatang dan alam ) tidak begitu kita pedulikan? Adakah ini hubungan dengan Tuhan (hablulminallah),
itu tersangat dan ― lebih
penting kerana Dialah pemilik syurga itu?
No comments:
Post a Comment