Friday, August 2, 2013

Kunyah



Siapa yang kunyah RASUAH?


Katanya untuk memantapkan lagi kesan emosi kejijikannya, telah disarankan sesetengah orang (kalau tidak salah,  orang politik),  dadah yang membunuh itu mestilah ‘dinajiskan’.  Makanya  sekarang ini  kita temui frasa, ‘najis dadah’.  Bila frasa ini disarankan, ada yang menyoal, “Sejak bila dadah biologis sifatnya?”

Umumnya orang-orang Melayu (katanya perlu digandingkan dengan ‘Islam’ supaya lebih lengkap) jijik dengan khinzir dan anjing.  Hatta, bekas-bekas tapak kaki anjing pun dikira najis?  Namun ramai yang tidak begitu najis dan gerun dengan RASUAH.  Bayangkanlah jika memakan RASUAH itu digambarkan sebagai mengunyah sesuatu misalnya mengunyah daging. 

Soalannya: Apakah orang-orang Melayu (katanya perlu digandingkan dengan ‘Islam’ supaya lebih lengkap), akan lari terbirit-birit meninggalkan RASUAH kerana terlalu takut untuk mengunyah RASUAH?


No comments: