Monday, August 12, 2013

Cabut SPR sehingga ke akar-akarnya!








“ MALAYSIA’S GE13: WHAT HAPPENED, WHAT NOW?”


Aliran Monthly 2013: Vol. 33 No.4 membawa tajuk, “ Malaysia’s GE13: What happened, what now?”  antara lain memuatkan tulisan bahagian 1 dan 2 oleh Clive Kessler, Emeritus Professor of Sociology & Anthropology at the University of New South Wales, Sydney.  Artikel-artikelnya menarik ditelaah.

Sepintas lalu (belum hadam lagi) ini yang ditanggapi:


i) PRU13 memberikan kuasa yang lebih besar kepada Umno.  Ertinya dalam BN, Umnolah penentu 'mutlak'nya.

ii) Kempen ala-PERKASA dalam bentuknya yang dilunakkkan (mild)  menguntungkan Umno.

iii) Yang namanya SPR itu mestilah dicabut akar, ranting dan perdunya jika pilihan raya Malaysia mahu benar-benar bebas.  Sekarang ia hanyalah alat Umno.

iv) Bila menyebut Pakatan, Clive hanya menyatakan kepimpinan Lim Kita Siang dan Anwar Ibrahim.  (Geng-geng Pas tentulah fed-up!)

Carilah majalahnya, kunyahlah, tak rugi.


Nota: Potret bersama Dinsman semasa mencari bahan untuk majalah Qiadah, PMBK sambil bertanya pengalamannya semasa di Kelantan dalam tahun 60an.



No comments: