Tuesday, August 6, 2013

Happiness




Kebahagiaan dan dimensinya


Ada berita dalam FMT tentang mengukur kebahagiaan:


GNP, Gross National Happiness yang digunakan Bhutan untuk mengukur kesejahteraan rakyat dan negara akan digantikan semula dengan konsep klasik pengukur pertumbuhan@kemajuan sesebuah negara, iaitu GDP.  

“The GNH “philosophy” of the Buddhist kingdom in place since 1972 has obviously not caused enough happiness among its citizens but rather discontent over ballooning debt, corruption, widespread poverty, inefficient economy and high youth unemployment.”

This report first appeared in http://www.investvine.com

 
Bukankah ini bermakna rakyat tidak akan bahagia jika hutangnya membengkak, rasuah berleluasa, kemiskinan melimpah ruah, ekonomi juga buruk dan ramai remaja yang tak punya pekerjaan?

Bukankah mengukur yang abstrak seperti kebahagiaan itu sebenarnya tidak mudah? 

Atau kita sebagai makhluk sering lupa bahawa sesungguhnya dimensi kebahagiaan itu luas sehingga merentasi alam akhirat?

“Happiness according to the perspective of Islam is expressed by the term sa’adah, and it relates to two dimensions of existence: to the hereafter (ukhrawiyyah) and to the present world (dunyawiyyah).”


Sila rujuk: Syed Muhammad Naquib Al-Attas, “The meaning and experience of happiness in Islam”, ISTAC, Kuala Lumpur, 1993:1



No comments: