Thursday, August 22, 2013

JERAT percintaan sistem dan kapitalisme



Inikah dia jerat kapitalisme dan perangkap sistem itu?


Suria Janib dalam artikelnya, Dewan Masyarakat, Ogos 2013:13, bertajuk “MADA ubah taraf hidup petani” antara lain mengungkapkan jerat kapitalisme dan sistem yang seolah-olah sengaja mendokongnya:
      

“Menurut mereka (ertinya ‘para petani’- penulis), baka padi yang berkualiti mempunyai harga yang tinggi berikutan benih padi ini yang tahan terhadap serangan serangan penyakit dan padi angin. Akhirnya peladang terpaksa menggunakan benih padi biasa.  Masalah yang berlaku, benih padi yang berkualiti dikawal oleh syarikat asing.  Hal ini menyebabkan peladang kekurangan bekalan benih padi. 

Syarikat asing pengeluar benih padi didakwa mengaut keuntungan dengan cara mengawal pengeluaran benih padi. Harga benih padi biasa bagi berat timbangan 20 kilogram berharga RM32 berbanding dengan harga benih padi berteknologi tinggi, iaitu tahan serangan penyakit dan mengurangkan padi angin termasuk bekalan racun berharga RM230.”


Soalan SATU:  Siapakah orangnya yang membenarkan atau yang mengwujudkan ‘sistem’ pengeluaran benih padi ini?

Soalan DUA: Siapakah syarikat asing yang boleh mengawal pengeluaran benih padi yang katanya ‘berteknologi tinggi itu’?      


2.0  Ke mana perginya 'ribuan'? pakar pelbagai bidang yang mengkaji tentang ekonomi, sosioekonomi,  dasar, falsafah pembangunan negara dan sebagainya itu?  


No comments: