Wednesday, August 14, 2013

SPR, Kehakiman, Kepolisian, Tentera atau Felda dll itu untuk siapa?



Mendekati atau membiarkan ‘the deep state’ itu?


Kemenangan sebentar dan keruntuhan demokrasi yang telah diperjuangkan oleh rakyat Mesir, antara lain memperlihatkan kepada dunia betapa besarnya pengaruh dan tindakan pelbagai institusi yang sekian lama mencengkam nadi dan nafas negara walaupun rakyat telahpun memilih sebuah pemerintah yang baru.  Salah satu daripada institusi yang sekian lama membaham dan mencengkam nyawa Mesir itu ialah pihak tentera.  Gabungan tentera, mahkamah dan perkhidmatan awam dan yang lain-lainnya ini digelar sebagai ‘The deep state’.    


Apakah kita sendiri tak ada masalah besar dengan komponen-komponen ‘the deep state’ ini?   Sebagai contoh lihatlah segala liku tikungan,  onak dan duri yang perlu ditempuh Pakatan Rakyat dan segala lapisan rakyat yang bangkit melawan keputusan PRU13.  Sejak PRU 13 itu mereka berdepan dengan seekor peliharaan SPR dan segala jentera di belakangnya.   Satu lagi contoh peranan ‘the deep state’ ini ialah rampokan Perak.  Negeri Perak yang berpindah ke tangan rakyat di bawah Pakatan selepas PRU12, tidak akan tumbang tanpa campur tangan pelbagai komponen ‘the deep state’ ini.  Oleh itu bayangkanlah masalahnya dan akibatnya apabila sebuah kerajaan yang dipilih rakyat terpaksa berdepan dengan seluruh kelompok gabungan pelbagai ‘the deep state’ yang menentang kerajaan yang baru yang dipilih rakyat.  Satu soalan yang tidak kurang menarik ialah: Kenapakah agaknya pelbagai komponen ‘the deep state’ ini gerun kepada sebuah pemerintahan yang baru sepertimana Lee Kuan Yew di Seberang Selat Teberau itu bimbang kepada kerajaan Pakatan Rakyat?


Lalu apakah ikhtiarnya?  Kita percaya strategi jangka panjang untuk memenangi sokongan pelbagai komponen 'the deep state' ini sangat penting.  Dalam konteks ini, strategi (atau keghairahan?) sedia ada mahu melihat segala hukum hakam Islam itu disegerakan tanpa melihat isu-isu sekitar perikuk nasi dan masalah kehidupan seharian yang semakin gawat itu,  sebaik-baiknya diteliti semula dengan penuh saksama.  Pendekatan yang seperti ini eloklah ditinjau dengan semasak-masaknya.  Berbalik kepada 'the deep state' ini, apakah bentuk seruan, pencerahan dan tentunya dakwah untuk mereka?  Untuk jangka masa panjang dan juga pendek, bagaimanakah cara terbaik untuk memenangi sokongan mereka?  Akhir sekali,  kita tentulah tidak boleh pandang mudah pabila ada komponen 'deep state' bangun berhujah lalu mengacungkan senjata 'durhaka'nya. 




No comments: