Friday, September 13, 2013

"they are always quarrelling among themselves"



“...but their weakness is that they are always quarrelling among themselves”


Dalam buku “AWAKENING – The Abdullah Badawi Years In Malaysia,  Edited by Bridget Welsh and James U.H. Chin, SIRD (Strategic Information and Research Development Centre), Petaling Jaya. 2013: 26-27 kita temui soalan ini oleh Bridget:


Bridget Welsh: Where do you see PAS going?

Tun Abdullah Badawi: PAS would like to position itself to take over from UMNO. They want to play the lead role in their coalition should the opposition win. However, their leadership role will be limited as both PKR and the DAP are dominant in their views.  Within BN, UMNO, because of its sheer numbers and because of the historical background, has always been viewed as the senior partner.  The other BN components also trust us to play the role because we have been fair and just with them.  I am not sure PAS can play that role within Pakatan.

Bridget Welsh: What do you think are the strengths and weaknesses of the Opposition?

Tun Abdullah Badawi: I am not sure about their strength but their weakness is that they are always quarrelling among themselves.  That’s the worst thing.” ...


Pemerhatian:


1) Sebagai perbandingan,  peranan PAS dan UMNO sebagai parti komponen dalam gabungan (masing-masing Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional) kerap dijadikan isu.  Semasa rakyat Malaysia semakin menghampiri 5 Mei 2013, tarikh PRU13 itu, mereka yang cenderung untuk memperjuangkan dan mempertahankan ‘ketuanan Melayu-Islam’ UMNO, begitu kerap membawa isu ini ke dalam fb masing-masing. “Sebagai sebuah parti gabungan,  PAS tidak dominan seperti UMNO”. 

Lebih teruk lagi,  PAS sering diperli dan dipermain-mainkan sebagai kuda tunggangannya DAP dengan kata-kata yang tidak layak dibawa ke dalam majlis.  Walaupun ada pihak dalam PAS yang cenderung melihat bahawa semua itu hanyalah dan tidak lebih daripada propaganda murahan UMNO semata-mata (parti yang selalu dikatakan bakal dikuburkan tidak lama lagi), sebenarnya ia adalah cabaran yang MESTI dihadapi dengan tuntas oleh Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi oleh PAS sendiri. 

Sudahkah isu-isu strategik seperti ini ditangani sedemikian rupa sehinggkan orang-orang Melayu benar-benar yakin bahawa sesungguhnya semua itu sememangnya  tohmahan UMNO semata-mata? Atau hujah-hujah balas yang dibuat sebelum PRU13 itu memadai dengan mempamerkan dan menjaja slogan “PAS ganti UMNO’ yang tersohor itu?  Ini satu contoh sederhana kenapa dan mengapa PAS perlukan soalan-soalan seperti “Apakah kaedah perjuangan kita selama ini sudah mencukupi?”


2) Mari kita ambil satu lagi contoh.  Dalam konteks “They want to play the lead role in their coalition should the opposition win” itu,  sebenarnya sudah ada peluang yang boleh dan perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh PAS sebelum tamat edah PRU13 sekarang ini.  Peluang keemasan untuk membuktikan bahawa di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, PAS dan seluruh jenteranya sememangnya berkesan.  Ertinya PAS mampu membuktikan bahawa di negeri-negeri itu, komponen pentadbiran PAS dalam kerajaan-kerajaan negeri itu sangatlah cemerlang. Ertinya PAS TIDAK perlu tunggu untuk ke Putrajaya bersama DAP dan PKR untuk membuktikan bahawa mereka layak.  Bagi kita tugas ini bukan sekadar terbeban dan dibebankan ke atas batu jembala segala Exco PAS dan pasukannya di Selangor dan Pulau Pinang tetapi juga ke atas seluruh jemaah PAS sebagai satu parti sebagai satu organisasi. 

Misalnya jika ada masalah disiplin yang MESTI diselesaikan dengan segera, maka masalah disiplin itulah yang MESTI diurus dengan tindakan yang mantap (tindakan yang mantap ini tidak termasuk ‘tindakan’ berdiam diri dan berpura-pura seolah-olah di sana tidak ada sebarang masalah disiplin) kerana pengurusan disiplin yang mantap bukan saja meningkatkan lagi keyakinan seluruh rakyat, tetapi pengurusan disiplin yang mantap dan berkesan akan menguatkan lagi PAS sendiri sebagai sebuah organisasi.    

Ada lagi cara untuk membuktikan bahawa PAS TIDAK perlu tunggu sehingga ke Putrajaya bersama-sama DAP dan PKR untuk membuktikan bahawa ia layak dan berkesan jika dibandingkan dengan UMNO.  Misalnya jika ada universiti negeri yang mesti dikendalikan,  maka universiti negeri itulah yang semestinya dikendalikan selayaknya sebagai sebuah IPT sehingga ia muncul menjadi contoh atau model kecemerlangan sebuah IPT. 

Mungkin dalam konteks pengurusan pendidikan tinggi ini, setdak-tidaknya kita boleh belajar dengan melihat bagaimana universiti-universiti negara itu merudum diurus oleh Umno.  Mungkin kita boleh melihat dengan jelas betapa benarnya kata-kata,  bahawa “Let managers manage” itu tidak boleh diganti dengan nafsu dan kuasa politik semata-mata. 

Dan persoalan seterusnya “is that they are always quarrelling among themselves” itu kita tinggalkan untuk renungan bersama.  Sebelum menutup dalam konteks “always quarrelling among themselves” ini, ada satu soalan yang selalu muncul dalam kepala:

Dalam PRU13 yang lalu,  di saat-saat akhir, DAP menyerang Johor bagaikan seekor garuda yang luka, serangan yang bakal meranapkan seluruh negeri itu.  Dalam konteks ini, apakah Pakatan Rakyat sebagai satu gabungan berbincang bahawa itu adalah strategi bersamanya?  Ini bermakna Pakatan sebagai satu entiti bersetuju agar DAP menyerang dengan gencar sekali kerana itulah strategi Pakatan Rakyat?  Atau strategi yang ada ketika itu ialah “kita lawan!”?  Ada yang berpendapat bahawa serangan ala garuda luka DAP itu begitu menakutkan orang-orang Melayu.  Dan ini telah memudahkan lagi kerja-kerja memantapkan fear factornya UMNO.





No comments: