Thursday, September 12, 2013

"To dwell in homesick nostalgia for the past"



Ya, kita perlu kembalikan harga diri itu


Mari kita perhatikan dua buah petikan di bawah ini.  Yang pertama dari sebuah buku yang ditulis dalam tahun 2002.  Ketika itu Chandra masih lagi Timbalan Presiden Parti Keadilan.  Sementara petikan kedua,  kita sedut dari laman digital Malaysiakini versi Melayu yang ditulis pada jam 5:53PM Sep 12,  2013 iaitu jawapan seorang pembesar Negara di zaman silam dan juga di zaman ini berhubung ‘Projek IC’ Negeri Sabah yang tersohor itu. 

Petikan Pertama

Sumber: New Voices of Islam, Farish A. Noor, Leiden, ISIM, (International Institute for the Study of Islam), 2002: 46

What the Muslim World Needs More Than Ever Is a Culture of Dignity
Interview with Chandra Muzaffar


Farish: What then are the conditions necessary for the creation of a progressive school of Islam?  Is this even possible today?

Chandra: I certainly feel that is possible for us to develop a modern, progressive, and accommodative school of Islam. There is ample evidence from the past that shows that this was the case before.  Just look at certain periods of Abassid, Ummayad and Uthmaniyyah [Ottoman] Caliphates or the Andalusian empire in Spain.

For this effort to succeed today, we need to address the pressing realities of the immediate present and not dwell in homesick nostalgia for the past.  But for that to happen what we need most of all in the Muslim world is a political culture that shows through deeds not words that it values human dignity.  To nourish human dignity, a democratic environment is essential.  Thus far the struggle for democracy in the Muslim world has not gotten very far. There is hardly a Muslim country that can call itself truly democratic, and some, like Saudi Arabia and Afghanistan, have openly stated that their ideologies opposed to democracy on ostensibly Islamic ground.”

Petikan Kedua:

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/240974

“Dr M: Kenapa Anwar tak hentikan ‘Projek IC’?
Oleh:  Billy Boey . 5:53PM Sep 12 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, golongan yang mempersoalkan mengenai 'Projek IC' sepatutnya bertanya mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdiam diri mengenai isu berkenaan itu ketika berada dalam kerajaan.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menangkis dakwaan bahawa beliau berbohong ketika memberi keterangan di persidangan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) apabila menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai 'Projek IC'”.
Katanya, golongan yang mempersoalkan perkara tersebut sepatutnya bertanya mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdiam diri mengenai isu berkenaan itu ketika berada dalam kerajaan.

Mahathir tanpa menamakan Anwar berkata "seorang pemimpin Pakatan Rakyat" yang berkhidmat sebagai timbalannya tidak pernah mempersoalkan mengenai 'Projek IC' itu.

2.0 Pemerhatian sepintas lalu


Kita belum lagi mendengar apakah reaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung taktik, teknik serta kaedah termasuk apanamanya yang namanya putar belit Orang Besar Yang Satu (OBYS) ini bersilat lidah setiap kali dianya berdepan dengan pertanyaan.  Bukankah baru semalam OBYS ini muncul sebagai saksi RCI? Mungkin penjelasan mantan Timbalannya itu menarik untuk dinantikan.    

Sebenarnya bukan perangai OBYS yang kerap sekali kumat penyakit-lupa-bermusimnya itu (‘the very’ frequent relapse of its seasonal amnesia) yang mahu dibicarakan di sini.  Yang menarik untuk direnungi ialah hubungan di antara sikap serta tingkah laku manusia dalam menghadapi cabaran pada waktu-waktu tertentu.  Yang jelas petikan antara lain memperlihatkan bagaimana seseorang manusia-pemimpin itu menanggapi sesuatu isu dan bagaimana dia memperlihatkan pegangan hidupnya, pendiriannya serta risiko yang terpaksa dihadapinya berhubung tindakannya semasa berdepan dengan sesuatu isu itu.   

Ini bermakna tindakan seorang manusia-pemimpin dalam menghadapi sesuatu isu itu berkait-rapat dengan pegangan hidupnya sebagai seorang insan. Kepercayaan atau nilai yang dihayati manusia-pemimpin itu pada ketika itu menentukan sikap serta tindakannya.  Sebagai contoh, kita telah membaca dan mendengar bagaimana tragedi bail-out 1989 itu diriwayatkan.  Bagaimana ia menjadi punca peperangan terbuka di antara mentor dan bekas anak emasnya sehingga anak didik kesayangan itu terpelanting bukan ke Ceruk Tok Kun tapi ke Sungai Buloh.  Dalam lipatan sejarah negara kita, di sana ada catatan peristiwa besar berhubung prinsip dan pertanggungjawaban terhadap tugas, jawatan dan amanah yang datang bersamanya.       

Jika diteliti contoh petikan pertama iaitu pandangan Chandra Muzaffar, kita dapat melihat betapa benarnya pandangan yang telah diungkapkannya itu.  Dan dalam memberikan penjelasan terdapat ungkapan yang jelas, menarik dan begitu ‘puitis’ sekali.  Aduh,  betapa terujanya dengan ungkapan ini:


i) To dwell in homesick nostalgia for the past

ii) what we need most of all in the Muslim world is a political culture that shows through deeds not words that it values human dignity.
  
iii) To nourish human dignity, a democratic environment is essential.  Thus far the struggle for democracy in the Muslim world has not gotten very far.


iv) “There is hardly a Muslim country that can call itself truly democratic, and some, like Saudi Arabia and Afghanistan, have openly stated that their ideologies opposed to democracy on ostensibly Islamic ground.”


Sayang sekali yang mengucapkan pandangan yang begitu bernas seperti di atas sudah meninggalkan kapal ‘asal’nya.  


Apakah semua ini terjadi kerana dorongan sebab-sebab tertentu yang tidak mudah kita fahami dan difahami, sehinggakan manusia-pemimpin yang hebat-hebat sekalipun terpaksa mengubah tiang ‘pegangan hidupnya’? 


Wallahuaklam.

No comments: