Tuesday, October 1, 2013

Kegagalan mengurus ketakutan



Failure to Manage Fear


Saya menelitinya seperti menikmati sesuatu yang lazat dan segar.  Maka sesekali ia pun dibuka.  Kali ini saya temui bagian ketakutan para pemimpin PAS terhadap Anwar Ibrahim.  Mohon semak dan tegur mana tahu terjemahan bebas ini kurang mantap dan mengelirukan.

Sila nikmatinya.  

Awakening, The Abdullah Badawai Years in Malaysia, edited by Bridget Welsh and James U.H. Chin, SIRD, Petaling Jaya. 2013: 148

Berikut ialah terjemahan bebasnya:


“Tapi, kenapakah kepimpinan tertinggi PAS begitu beria-ia sekali mahu berbincang dengan UMNO, musuh bebuyutnya?  Bagi sesetengah orang, ini hanyalah satu mesej kepada pemimpin de facto pembangkang Anwar Ibrahim.  Kepada sekian ramai pemimpin PAS, populariti Anwar dengan agenda pelbagai ras dan juga agenda ‘pasaran terbuka’nya, menyebabkan peranan serta kedudukan PAS secara perlahan-lahan mencorot kepada hanya sekadar rakan kongsi yang kecil.  PAS telah memanfaatkan sepenuhnya pemecatan Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan pemenjaraannya dalam tahun 1998. Namun setelah mantan Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan dalam tahun 2004, partinya PKR telah memperolehi inspirasi serta semangat baru dan kejayaan yang bermakna dalam pilihan raya yang terbaru; dan sesetengah daripada kejayaan ini dengan mencederakan PAS.  Makanya telah wujud semacam kebimbangan dalam PAS, bahawa gabungan kekuatan PKRnya Anwar dengan DAP mungkin mengambilalih seluruh negara dan parti Islam PAS itu hanya berupaya menawan kawasan-kawasan Melayu.  Di samping itu, kata para pemerhati dalaman PAS, Perlis dan Terengganu juga mungkin jatuh ke tangan PKR sekiranya ada yang melompat.”

Tajuk artikel: Failure to Manage Fear – Abdullah and the Malays ditulis oleh Wan Hamidi Hamid.





No comments: