Sunday, October 13, 2013

Keluar dari budaya half-past six



Datuk Nozula Mat Diah: “tidak pernah berlaku sebelum ini”


Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=984455

Berikut petikan berita BERNAMA perbahasan Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk tatapan bersama:

Selain itu Husam turut meminta agar AKSB diaudit oleh satu badan bebas.

Pada satu ketika Husam yang tidak berpuas hati dengan kenyataan anggota Exco berkenaan kemudiannya bangun sambil berkata: "Jangan sampai saya dedahkan banyak perkara lagi di dewan ini".

Mengenai kelulusan di hutan simpan kekal, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menjelaskan kelulusan belum diberikan kepada mana-mana pihak dan berkemungkinan ia tidak akan diluluskan kerana di kawasan berkenaan terdapat tadahan air serta kaya dengan kepelbagaian hayat.

Mengulas keadaan di dewan itu, ketua pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) berkata tidak pernah berlaku sebelum ini serangan antara penyokong kerajaan seperti itu.

"Saya rasa akan banyak kepincangan yang akan didedahkan oleh kedua-dua pihak ini," katanya.

Dewan kemudian meluluskan Belanjawan 2014 itu dan persidangan bersambung esok bagi meluluskan beberapa enakmen lain.

-- BERNAMA




Peristiwa Dato’ Husam Musa mantan Exco kanan Negeri Kelantan mengkritik dengan agak keras tindakan kerajaan Kelantan ― kerajaan PASnya sendiri dalam perbahasan Dewan Undangan Negeri Kelantan adalah sesuatu yang bersejarah dan ― sukar dilupakan.  Demikian tanggapan penulis.  Kita coba membariskan beberapa kata dan frasa kunci untuk menggambarkan peristiwa tersebut.  Antara yang terlintas termasuklah:


Kesan/implikasi/akibat, makna atau significance, sejarah, contoh/tauladan yang terbit dari tindakan tersebut,

Peranan dan tanggungjawab ADUN,

Precedence dan budaya baru berpolitik termasuk di dalam DUN,

Budaya baru politik baru,

Implikasi tindakan sedemikian terhadap budaya sedia ada dan mutu perbahasan di DUN,

Ujian tahap kesiapsiagaan ― meaning, testing on  the alertness as well as the preparedness of  para Exco menangani isu kontroversial yang dibangkitkan walaupun oleh ADUN dari parti sendiri,

Peranan dan tanggungjawab whip parti, dan  

Disiplin Parti serta persoalan-persoalan lain yang berkaitan dengannya. 

Mungkin ada ‘item’ yang disenaraikan di atas bertindih.  Mungkin juga ada aspek penting yang tercicir.


2.0  Meningkatkan kualiti para pembuat-undang-undang@ahli parlimen kita 


Mereka yang dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), atau pun Ahli Dewan Rakyat adalah mereka yang di bahunya dibebankan segala suara, harapan, cita-cita, aspirasi dan perubahan yang menjadi dambaan sekalian rakyat jelata.  Maksud ungkapan muluk  ― ‘suara, harapan, cita-cita, aspirasi dan perubahan yang didambakan oleh rakyat itu’ ialah jutaan rakyat Malaysia memilih manusia-manusia yang paling ulung dalam kalangan mereka sebagai wakil-wakil yang diamanahkan. Wakil yang diamanahkan untuk mencorakkan seluruh kehidupan rakyat.  

Kita ulangi sekali lagi ― para wakil rakyat kita itu adalah kelompok pemimpin yang terbaik yang kita perolehi di negara kita.  Dan akan ada dalam kalangan mereka yang terbaik ini dilantik sebagai Pak-Pak Menteri negara.  Ini bermakna kualiti  para pemimpin negara kita (baca: Rakyat Malaysia ) bergantung kepada kualiti wakil rakyat yang kita telah pilih.  Jika baik benihnya maka akan istimewalah Pak-Pak Menteri kita nanti.  Sebaliknya jika mereka itu hanyalah ala kadar dan sekadar half-past six saja (sebuah adjektif bermaksud bad, shoddy, slipshod iaitu buruk dan tak terurus ) maka half-past six jualah kualiti Pak-Pak Menteri kita.  Itu ungkapan yang kita pinjam dari seorang mantan seorang PM Malaysia.  Kita tentu amat arif dengan kualiti kepimpinan yang corot seperti ini kerana rakyat sentiasa merasakan beban kehidupan yang menekan walaupun negara kita kaya raya sekali.


3.0  Tindakan pembaharuan Dato’ Husam Musa   

Katakanlah tindakan oleh Dato’ Husam itu menjadi satu norm Parlimen kita, maka setiap wakil rakyat akan membahaskan semua undang-undang yang dibentangkan, segala peruntukan yang bakal diagihkan, salah laku yang dikesannya dan lain-lainnya mengikut suara hati nuraninya sendiri.

Soalannya: Bila agaknya kita akan mencapai tahap norm tersebut itu?  Atau ini hanyalah sebuah mimpi di siang hari?

Apa pun, tahniah Dato’ Husam!




No comments: