Monday, November 11, 2013

PAS atau DAP yang lebih dulu bersama-sama Umno?



Ke arah Sistem Dua Parti
(Apakah Pakatan serius menjadikan dirinya pilihan untuk Rakyat Malaysia?)
  

Masa berlalu, riuh rendah dan segala protes terhadap proses pilihan raya yang tidak adil, tidak telus dan sarat penipuan itu pun telah reda.  Akhirnya seperti biasa pihak oposisi melutut semula sebagai pembangkang.  Apakah pilihan raya yang akan datang itu akan menjadi lebih adil, telus dan saksama adalah satu isu dan persoalan lain. Namun yang jelas,  dua bentuk kezaliman pastinya kekal ― semua media, kecuali yang dalam talian, kekal sebagai hamba kerajaan.  Sementara itu persempadanan baru kawasan pilihan raya akan dilaksanakan pada akhir tahun ini.  Dan pihak Oposisi tetap tidak percayakan kerajaan dan Oposisi juga tidak percayakan SPR.  Apa pun hakikatnya,  kerajaanlah yang akan menentukan dan mengesahkannya persempadanan semula ini.

Sesungguhnya parti-parti komponen Pakatan Rakyat tidak sunyi dengan penggeseran dalamannya sendiri;  Pas dengan kelompok Melayu-Islamnya dan cita-cita Islamnya,  PKRnya Anwar Ibrahim tegak dengan konsep parti pelbagai bangsanya, sementara DAP pula dengan berakar pengaruhnya bersama orang Cina yang merupakan seperempat penduduk Malaysia.  Kerajaan Barisan Nasional (BN) gabungan 13 buah parti pelbagai bangsa dikuasai oleh Umno, tulang belakang BN sentiasa berikhtiar untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dengan pujuk rayunya kepada PAS dan juga DAP untuk menyertainya sebagai kerajaan.

Dua buah paragraf di atas ialah kandungan tulisan Banyan bertajuk “Time on whose side? ― Angry at an unjust defeat, Malaysia’s opposition has reasons to be hopeful”,  bertarikh 1hb Jun 2013 dalam The Economist. 


Soalan:


Ke arah Sistem Dua Parti:

Apakah Pakatan serius menyediakan pilihan untuk Rakyat Malaysia?

Atau Pakatan hanya sekadar berminat memuaskan nafsu dan ‘idealisme’ kelompoknya?

Atau apakah Pakatan sudah yakin ia sudah terlalu gagah dan hebat sehingga masing-masing boleh ‘berjuang’ bersendirian?

Atau pun Pakatan sudahpun mendapat wahyu bahwa pahalanya berlipat ganda jika ia menjaga Melayu bersama parti Melayu?



No comments: