Menu Jerung Politik
Setelah
kuulang tonton Paper Chase dan berdepan lagi dengan tingkah profesor Law of
Contract yang bukan kepalang angker-ranggi itu, maka di musim pemilihan ini aku
pun teringat kepada HEP, pemilihan kepimpinan mahasiswa di IPT kita:
Akhirnya, yang
tinggal hanyalah teks keras, kaku dan basi yang kukunyah untuk dimuntahkan semula
pada musim-musim penilaian. Begitulah rutin
acaranya selama empat tahun menabung ‘ilmu’. Acara bertekun mengejar sekeping kertas.
Sekeping
kertas adalah tiket, maka kumasuki Sistemnya.
‘Work smart’
bukannya ‘work hard’ pesan teman akrabku berulang-ulang kali. Dia kujadikan model kerana berjaya melompat katak ke tangga
teratas hieraki kuasa dalam tempoh yang relatif sangat singkat. Dialah mantan anak muda ambisius, kini di puncak
takhta.
Hari ini, telah
kubuktikan prestasiku maha cemerlang. Deretan
pialaku termasuklah donat terbesar, canting batik terpanjang dan joget tanpa henti
selama 40 hari 40 malam ― ala-ala
cerita penyamun tarbus filem P. Ramlie.
Bagaimana mahu
kupastikan yang memimpin Perwakilan Mahasiswa itu hanyalah mereka yang paling mesra
Sistem? Pesan silam paling mujarab ialah
mencari anak-anak muda yang sangat ambisius dengan pesan yang diulang-ulang Work Smart, Work Smart, Work Smart, WS, WS....
(untung bukan WC, water closet@jamban).
Akulah makhluk
spesies ambisius, bijak dalam menterjemah rumus dan makna nyata “Bijak bekerja”.
Sistem kita telah
melahirkan spesies manusia yang bagus dijadikan menu jerung ― jerung politik. Buktinya? Akulah!
No comments:
Post a Comment