Monday, December 16, 2013

Bukti (sama seperti telur) perlu digred



Wak Komidi menggred telur


Penduduk kampungku Kampung Bagan Lalak rata-rata Jawa generasi campuran; generasi-generasi  pertama dan kedua.  Generasi pertama yang tiba dari Tanah Jawa pada awal-awal tahun 20an dan 30an,  kini kebanyakan pengundi Saluran Satu adalah para penyokong tegar, taat lagi setia kepada Sang Penguasa ― Parti Cap Keris.  Wak-wak kampungku ini umumnya dan secara relatifnya jauh lebih senang dan ramai pula yang kaya-kaya kerana keuletan, sifat-sifat jimat cermat dan juga kerana kerajinannya. 

Mengikut permerhatianku ramai para Wak berkebun@bercucuk tanam dan menternak.  Di tahun-tahun 30an, semasa harga getah sedang melambung tinggi, Wak-Wak ini pada berlumba-lumba menanam getah walaupun oleh penjajah British lebih suka menggalakkan mereka bercucuk tanam ‘pokok beras’ saja dibandingkan dengan menanam getah.  Apa nak dikata, pertambahan pendudukan akibat kebanjiran orang-orang Cina dan India yang didatangkan khas oleh penjajah British menyebabkan keperluan bahan makanan iaitu padi kian meningkat.  Makanya ‘pokok-pokok beras’ pun perlulah ditambah dengan lebih banyak.  Oleh kerana itu maka ramailah para Wak mengusahakan tanaman ‘pokok beras’ di samping menanam kopi, koko dan kepala di dalam kawasan  kampung dan juga menternak, secara secara kecil-kecilan maupun agak besar-besaran. 

Pendek kata,  para Wak kampungku terlibat dengan kerja-kerja bercucuk tanam, berkebun dan menternak.  Paling mutakhir mereka begitu gencar sekali mengusahakan tanaman kepala sawit sejenis lagi tanaman komersial di samping koko dan kopi.  Agaknya nikmat kekayaan yang diperolehi para Wak membuat mereka umumnya patuh dan setia kepada Cap Keris.  Ada di kalangan Wak ini yang tanpa ragu-ragu tanpa tanggung-tanggung yakin bahawa Parti Cap Kerislah pemberi nikmatnya.  Arwah Lebai Sudin yang dikurung-amankan untuk beberapa tahun katanya kerana ‘menjadi elemen subsersif’ pernah memberi amaran keras supaya jangan sampai gugur akidah kerana berfikir manusialah pemberi rezeki.  Dosa besar, ulang Lebai Sudin.

Kisah yang mau kukisahkan ini ada kaitan langsung dengan seorang anak jati Bagan Lalak ― Wak Komidi diberi nama.  Sebagai zuriat sejati seorang Wak yang telahpun terdedah dengan pelbagai ilmu pengetahuan, pendidikan (tertinggi dan rendah), teknologi moden, kemudahan kredit dan tentunya dengan naungan kukuh politik naungan Parti Cap Keris, Wak Komidi punya banyak kesempatan dan segala peluang ekonomi untuk menerokai bidang-bidang baru.  Entah satu kebetulan, entah mungkin juga kerana rezekinya yang begitu melimpah ruah pula;  ketika itu kepimpinan tertinggi kerajaan pimpinan Cap Keris sangat berminat untuk menambahkan jumlah penduduk negaranya dengan secepat yang mungkin.  Dalam dikri-berbentuk-wawasan-berpandangan-jauh yang terbaru ini bukan hanya bilangan penduduk saja yang dititikberatkan.  Kualiti mesti dijaga.  Dalam ucapan pelancaran SBPBYS atau lengkapnya Skim Baru Penduduk Berkualiti Yang Segera ini, Menteri Kependudukan yang terkenal pula dengan projek lembu kondonya telah menjelaskan dengan lantang sekali, “ PM kita bukan hanya mahu bilangan penduduk yang ramai tapi lebih penting kualiti rakyatnya.  Kita sangat bertuah jika rakyat negara ini menjadikan PM kita semacam model untuk ditiru oleh rakyat. Bayangkan jika rakyat kita bijak-bijak semua macam PM.  Bayangkan anak-anak kita adalah lelaki hensem, berbauk dan ... berK. ”  

Itulah sejarah permulaan usaha niaga Wak Komidi yang sangat terkenal sehingga tersohor dan digunapakai ke seluruh dunia.  Ia kini tanda niaga yang kini duduk sama rendah dan berdiri dan berdiri sama tinggi dengan teknologi moden yang paling mutakhir dan paling canggih seantero dunia.  Konsepnya mudah tapi pelaksanaannya agak sulit kerana ia memerlukan peralatan serta tenaga pakar yang mahir.  Konsep nombor wahid perniagaan Wak Komidi ialah SEMUA TELUR MESTILAH DIGRED dengan sempurna.  Ertinya yang bakal berumah tangga perlulah perkhidmatan menggred.




No comments: