Wednesday, December 18, 2013

Langkah atasi kos sara hidup





Untuk mereka yang tercicir petua cara mengatasi kos sara hidup yang kian meningkat, kita petik initisari berita Bernama yang dipetik oleh Free Malaysia Today.  Berikut ialah intipati petuanya.  Saudara yang sangat tertekan,  bolehlah  mencuba resipi-resipi “bagaimana mengatasi kos sara hidup ini”:


   
Puteri Umno saran tiga langkah atasi kos sara hidup

Langkah pertama bermula dengan rakyat sendiri perlu sedar tentang kepentingan meningkatkan kesedaran untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan seperti mengurangkan bil bulanan,” katanya kepada Bernama.

Langkah kedua ialah menggalakan ‘kaedah hijau’ di kalangan rakyat, kerajaan serta syarikat, antaranya dengan meningkatkan usaha kitar semula dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau.

Beliau berkata langkah ketiga ialah kerajaan perlu memantau syarikat monopoli berkepentingan awam supaya syarikat tersebut tidak mendapat keuntungan melampau tanpa memberikan bebanan kepada rakyat.


2.0 Pandangan kawan-kawanku berhubung petua di atas

Kawan A:  “Setiap hari aku bayar tol sebanyak RM 6.00 untuk satu hala.  Ertinya setiap hari bekerja,  aku korek RM 12.00 untuk tol.

Mulai esok aku bercadang nak berjalan kaki atau pun berbasikal saja ke tempat kerja”.


Kawan B tentang cadangan kedua iaitu berkaitan teknologi hijau. 

“Sebenarnya aku kurang arif sangat hal-hal teknologi hijau ni.  Yang aku tahu sayur-sayuran hijau.  Ini dah lama biniku lakukan.  Jadi kami anak beranak banyak makan sayur-sayuran hijau”.


Kawan C juga ada cara dan kaedahnya untuk menjimatkan kos sara hidup iaitu gesaan supaya syarikat monopoli imbangi keuntungan yang berlebih-lebihan yang mereka kaut selama ini.  katanya supaya beban rakyat dapat diringankan.

“Kami di pejabat dah tulis memo panjang kepada semua syarikat monopoli yang ada kaitan dengan kerajaan supaya menimbang semula keuntungan yang mereka perolehi selama ini.  Bagi kami untung sikit-sikit tak apalah.  Siapa yang berniaga tapi nak rugi ‘kan?  Lagi pun syarikat-syarikat ini nak bantu Melayu jugakan?”



No comments: