Friday, January 10, 2014

Bila orang besar moonlighting






Bersajak untuk berasyik maksyuk


Ini satu idea.  Mungkin idea dari longkang, biarkan.  Tapi ia tetap sebuah idea:

Semakin besar kedudukan dan pangkat makin besarlah tanggungjawab.  Pabila rakyat resah gelisah, orang berpangkat besar seperti penghulu, mufti atau pun perdana menteri tidak boleh memilih untuk bersuara atau membungkem.  Mereka juga tidak boleh moonlighting, menyambeh.  Orang berpangkat besar menjadi besar kerana bertanggungjawab terhadap tanggungjawabnya.  

Idea di atas disajakkan menjadi begini:  


Bersuara, membungkem adalah hak dan pilihan,
milikku.

Tanggungjawab?
Usah hina diri menyalak.


2.0 Soalan


Perlukah sajak untuk menyampaikan idea?
Atau ini semua adalah kerja orang-orang tak ada kerja,  makanya mereka membuang masa, berkhayal dan berasyik maksyuk dengan bersajak?