Monday, February 17, 2014

Halatuju, di sini ke sana



Halatuju


Pemimpin organisasi, baik yang paling mega maupun yang sangat kecil, memiliki halatuju sendiri; halatuju yang biasanya berpandukan misi dan visi yang ditetapkan.  Seorang pekedai runcit di ceruk Ulu Tembeling sentiasa berharap agar kedai runcitnya mampu menyara kehidupannya anak beranak.  Dia tak pernah mengharap untuk menjadi kaya raya. “Menyara kehidupannya anak beranak” itu adalah halatuju seorang pekedai runcit di Ulu Tembeling.

Pemimpin besar sebuah organisasi maha besar, misalnya sebuah kerajaan bukanlah pekedai runcit Ulu Tembeling walaupun kedua-duanya adalah ‘pemimpin.’  Sebagai pemimpin besar, seorang pemimpin kerajaan yang maha besar tidak boleh sama sekali kelihatan seolah-olah memandu kapal terbangnya secara auto-pilot.  Sebabnya mudah; para penumpang pada gelisah yang amat sangat jika juruterbang mengauto-pilot sedangkan di luar sana ribut dan taufan sudah menggila.

Seorang pemandu teksi itu adalah seorang pemimpin kenderaan awam yang telah ditauliahkan oleh pihak yang berkuasa untuk memikul satu amanah.  Melalui sumpah dan ikrar sepertimana yang ditetapan di dalam lesennya, dia diamanahkan untuk membawa penumpangnya sepertimana yang diminta dan diarah oleh para penumpangnya.  Untuk itu dan kerana menyempurnakan sebuah amanah, dia diberikan ganjaran mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.   Sebagai seorang pemandu teksi, dia sedar bahawa dia adalah pemimpin yang tak punya halatuju kecuali mengikut kehendak para penumpangnya. 


2.0

Sebagai seorang pemandu teksi, saban malam aku pulang setelah mengikut segala halatuju para penumpangku.  Apakah hidup dan matiku juga semestinya mengikut halatuju segala orang lain?  Bagaimanakah aku menjawabnya nanti, tatkala keseorangan dalam sebuah lubang yang maha gelap itu?



  

No comments: