Sunday, February 16, 2014

Lemahnya Melayu dan institusinya?






(Bahagian Satu)

Petunjuk (bukti) betapa lemahnya Melayu dan segala institusinya?


Tahun-tahun pasca PRU 12 dan PRU 13 bumi Malaysia dicengkam gerhana.  Itu satu tempoh jelas Umno ditolak oleh rakyatnya, dan entah secara kebetulan pula,  hubungan kaum dan agama dalam kalangan rakyat Malaysia juga menjadi runcing.

Itu jugalah tempoh lahirnya NGO-NGO seperti Perkasa, ISMA dengan segala tindak tanduk yang belum pernah muncul dengan skala sebesar itu, dipentaskan kepada khalayak.  Perkasa yang berpresidenkan Ibrahim Ali dan seorang mantan Perdana Menteri sebagai penasihat,  adalah NGO yang paling menonjol, lantang dan agresif memperjuangkan nasib Melayu dan Islam di negara mereka sendiri.  NGO-NGO ini wujud katanya,  untuk mempertahankan Melayu dan Islam kerana katanya orang-orang Melayu dan agama mereka sedang dalam bahaya diancam oleh orang-orang bukan Melayu dan kafir yang dalamnya termasuk parti-parti politik seperti DAP, juga PKR serta Anwar Ibrahim. Bukan main lagi.

Suhu hubungan kaum membahang; di antara bahan bakarnya ialah ‘peringatan’ supaya jangan dengan sengaja mahu mengundang peristiwa berdarah 13 Mei, nama Allah yang ekslusif dan Injil yang membawa nama Allah. Pendek kata,  rakyat menjadi begitu resah dengan gendang perang yang sekian hari dipalu oleh sesetengah pihak dan kerajaan Umno/BN seolah-olah memilih untuk tidak berkata apa-apa@berdiam diri?


2.0

Medan perang telah terbuka luas,  menunggu saat dan ketika untuk menyaksikan petempuran terbuka.  Rakyat yang waras semakin gelisah, dukacita sekaligus marah kerana kerajaan masih juga berdiam diri dan membisu.  Apakah yang sedang terjadi?  Apakah kita mahu membiarkan keadaan yang begini berterusan...?  Mereka tertanya-tanya: Di manakah suara yang waras itu?

Apakah ikhtiarnya dan apakah upaya kita memadamkan kegilaan ini?






No comments: