Thursday, February 6, 2014

'JUGA'




Bisanya sebuah ‘juga’


Mulanya dia tidak pernah terfikir untuk menggigit.  Pada mulanya dia hanya berfikir tentang khidmatnya yang terbaik untuk rakyat yang baginya masih lagi tersisih, terpinggir dan melarat.  Ya, ada semacam idealisme yang membakar semangatnya.

“Kamu juga berhak diberikan peluang untuk menjawat di mana-mana GLC yang ada” adalah idea yang sudah berulang kali dipasak-pasak ke dalam kepalanya.  Pada mulanya dia tidak pernah gubris@peduli akan idea terbaru yang seperti ini.  Padanya, dia hanya mahu berbakti.

Masa pun berlalu, yang sering riuh rendah ke hulu ke hilir,  mempamerkan diri supaya sentiasa kelihatan lebih menonjol,  telahpun memintasnya untuk menjawat jawatan yang lebih bagus daripadanya walaupun bukanlah sampai menjadi bosnya, “ Kau tengok, apakah lebihnya orang itu jika dibandingkan kamu?”

Sejak itu dia mulai terfikirkan tentang ‘juga’.  Dia mulai fikirkan dirinya yang juga layak.  Sejak akhir-akhir itulah yang difikirkannya; dia juga layak.  Pabila keyakinannya menjadi tepu dan jenuh sehingga memenuhi segala ruang dan pori-pori jiwanya, akhirnya dia pun ... menggigit.

Dia juga menggigit tangan CEOnya yang baginya telah dengan sengaja melupakan hakikat bahawa dia JUGA layak.  Dia juga dengan lantang dan terbuka menyeru supaya CEOnya itu dipecat saja.  

Ya, siapa yang boleh menyangkal tentang betapa berbobotnya sebuah ‘juga’ itu?

 



No comments: