Sunday, February 9, 2014

My Way into the Tong




Janganlah masuk ke dalam Tong Itu.


Anwar Ibrahim pernah melakukannya.  Sebelum melakukannya dengan terjun langsung ke dalam Tong, sosok itu begitu dibimbangi oleh para pemilik tong; takut-takut dia disambar parti musuh iaitu Pas.

Hari ini Waytha, agaknya sudah letih mendendangkan “My Way” telah mengumumkan akan keluar Tong pada hari Isnin nanti.  Waytha akan meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri dan juga senator.

Cuba renung baik-baik kesan langsung, baik yang jangka panjang maupun jangka pendek,  akibat tindakan dan perbuatan watak dan sosok yang pernah terjun ke dalam Tong ini.  Bukankah perbuatan mereka ini telah mencedera hasrat dan impian rakyat yang bermati-matian mahukan pemerintah yang jauh baik daripada Tong Itu?

Agaknya berapa orang Indiakah yang tertipu lalu mengundi Tong Itu akbibat perbuatan Waytha sebelum PRU13 yang lalu?






No comments: