Tuesday, March 4, 2014

Cerita Sabri Yunos





Cerita Sabri Yunos di Mi Hamid, semalam 3 Mac 2014.

1.0 “Ranjau Sepanjang Jalan”  versi Kemboja

  
Kami bertiga bertemu di Mi Hamid (Pyan, saya teringatkan sdr setiap kali ke sini!) sehingga lewat malam.  Dan setiap kali bertemunya ada saja bahan menarik untuk perhatian.  Misalnya Sabri menceritakan tentang filem “The Rice People” oleh pihak Kemboja, iaitu filem berdasarkan novel “Ranjau Sepanjang Jalan” oleh SN Shahnon Ahmad.  Nah,  ini sebuah karya yang mesti tonton walaupun versi Jamil Sulong dengan Sarimah dan Ahmad Mahmud itu pernah ditonton.


2.0 Mengagihkan nenas supaya adil, mengikut prinsip kesamarataan seorang Sosialis

Sabri Yunos juga menceritakan pemerhatiannya terhadap sikap seorang kawan yang kental sikap, kefahaman dan pendirian sosialisnya semasa mengupas dan mengagih-agihkan nenas di kalangan kawan-kawan.

“Untuk berlaku adil, nenas tidak boleh diagih-agih dengan mengerat-eratnya seperti membuat pajri... Sebiji nenas mestilah dijurai seluruhnya, dari kepala sehingga ke ekornya, barulah adil...semua orang dapat merasakan masam-manisnya sebiji nenas...”
    




No comments: