Tuesday, March 11, 2014

Tunggul



Tunggul


Tunggul itu fasa terakhir sebuah pohon. Dalam dunia tanaman tidak kekal ― misalnya jagung atau pun kacang bendi, tumbuhannya melalui proses senesense (the state of growing old), sebuah perkataan yang dekat dan sering digandingkan dengan keadaan nyanyuk.  Ini bermakna segala yang tua itu berubah menjadi tunggul atau pun nyanyuk.

Dalam dunia manusia seorang penulis itu (katanya)  amat sensitif derianya.  Jiwanya mudah terusik dengan kejanggalan hidup dan peristiwa di sekelilingnya.  Oleh itu dalam segala hal (katanya), penulislah yang paling dulu terpanggil untuk meluahkan isi batinnya.  Apakah semua ini benar belaka?


2.0

(Setiap kali membaca komentar para pembaca portal Malaysiakini versi Inggeris, kita seolah-olah dibawa menggembara jauh ke dalam hati nurani para pembacanya.  Berikut ialah petikan ungkapan-ungkapan kunci komentar para pembaca untuk berita bertajuk, “Malaysians the ones sodomised by ruling party” )


Pernahkah kalian terfikir, lebih sedekad lamanya, rakyat Malaysia diasak untuk tidak melihat apa-apa pun ― kecuali eksos yang jorok itu?

Sekiranya itulah kehendak dan arahan Sistem ― mereka ― para hakim ini pasti menjual ibu-ibu bapa mereka tanpa sedikit pun rasa bersalah.


3.0

Maka soalan cepu emasnya ialah:  Tunggul atau sudahpun melayukah (senesense) aku ini?



No comments: