Friday, April 11, 2014

SETandan Kurma dari Kuasawan-Usahawan






Masih ingat cerita angin yang sepoi-sepoi bahasa?



Masih ingat cerita bagaimana angin yang sepoi-sepoi bahasa mengalahkan Sang Beruk di puncak pokok yang tinggi? Ya, kisah perlumbaan di antara mentari dan angin membuka baju Sang Beruk di puncak pokok yang nun, tinggi.


Katanya pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh sang bayu namun Sang Beruk tetap juga tidak mahu membuka bajunya, malah semakin kencang sang bayu bertiup semakin litup rapat Sang Beruk di puncak pokok nun, yang tinggi, mengetatkan bajunya.


Strategi ditukar dan taktik pun diubah, lalu sang bayu pun bertiuplah sepoi-sepoi bahasa ke seluruh tubuh Sang Beruk di puncak pokok, nun yang tinggi itu, sehingga segala lubang ― termasuk lubang telinga Sang Beruk itu pun dimasukinya.  Belum lama, saking enaknya dielus-belai, maka tertidurlah Sang Beruk di puncak pokok, nun yang tinggi itu.  Di akhir cerita, katanya Sang Beruk telah menukik ke bumi. Ia menukik kerana saking enaknya didodoi-belai oleh angin yang sepoi-sepoi bahasa itu.


Apakah di sekeliling kita tidak ada yang menjadi Bapa Beruk di puncak pokok ― nun,  tinggi?


2.0  Hudud, air MOA, pelbagai projek DIAM dan impian UG yang TIDAK pernah padam



Apakah kita tidak mahu berfikir bahawa hudud, air dan MOAnya dan perlumbaan projek-projek DIAM ke negeri-negeri Pakatan Rakyat itu bukannya angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa?
Mungkin ada yang lebih mengetahui, yang lebih arif dan yang lebih faham, mohon dicerahkan dan pencerahan. Dan ada yang menempelak; manusia tak pernah sunyi dari teori konspirasinya, entahlah!


Apakah gabungan Kuasawan-Usahawan itu BERHENTI berfikir dan berbincang dan merancang bagaimana DIA-MEREKA mesti mengurus musuhnya (managing your enemies)? 


Adalah perbuatan LB, Lurus Bendul yang nyata jika kita berfikir bahawa musuh telah bertaubat pabila dia menghulurkan setandan kurma.      


Wallahuklam.




No comments: