Rasuah: Kunyah, mamah, teguk, reguk, telan?
Coklat: Hisap, jilat, kulum dan telan?
Di atas ialah contoh
beberapa patah perkataan dalam bahasa Melayu yang menunjukkan cara manusia Melayu
makan dan minum. Orang-orang di Utara
Semenanjung Malaysia ada kosa kata ‘mentekedarah’ ― sepatah perkataan untuk menggambarkan cara
manusia-manusia yang tamak dan gelojoh melantak. Ini menunjukkan bahawa dalam budaya Melayu
terdapat pelbagai perkataan yang digunakan untuk menggambarkan cara-cara manusia
memasukkan makanan atau pun minuman ke dalam tubuhnya.
Sesungguhnya minat
manusia Melayu (Islam) terhadap segala makanan dan minuman yang memasuki batang
tubuhnya tidak pernah berhenti. Sebabnya
cukup mudah. Dia sentiasa saja berjaga-jaga
agar makanan dan minumannya bukan saja bersih tapi juga mestilah sentiasa halal. Ertinya sebagai seorang manusia Islam tulen, dia
tidak berhenti menyemak agar apa yang dimakan dan yang diminumnya itu bersih lagi
halal. Misalnya ayam yang dihidangkan kepada
keluarganya itu mesti disembelih dengan betul supaya ia halal. Pendek kata manusia Melayu Islam akan menmanfaatkan
segala pengetahuannya untuk memastikan bahan-bahan yang keluar-masuk ke dalam
tubuhnya itu sentiasa bersih dan halal.
Sebenarnya usaha
untuk menjejaki haram-halal sesuatu makanan yang bakal memasuki segala batang
tubuh manusia Melayu Islam ini dipermudahkan lagi dengan perkembangan teknologi
yang kian hari semakin canggih. Ini bermakna apa saja makanan/minuman atau
pun apa saja bahan yang keluar-masuk ke dalam batang tubuh manusia Melayu itu dapat
dijejaki dengan mudah. Oleh kerana kecanggihan
teknologi itu, maka akhirnya kita pun dapat melihat bagaimana bahan yang wujud
di dalam sesuatu makanan itu (coklat, misalnya)
atau pun apa saja yang terdapat di dalam sebuah lubang xxbur (Lewat Dua) itu dapat
dikesan dengan berkesan. Ternyata, ilmu DNA
dapat membantu dengan berkesan.
Kelihatannya (dan
betapa sungguh malang sekali) yang belum
dapat dikesan dan diukur dengan baik oleh teknologi moden ialah segala macam rasuah
yang diteguk, direguk, ditelan, dikunyah, dimamah dan dilantak. Sayang sekali teknologi hanya berjaya mengesan
coklat yang tercemar? Apakah nantinya dalam dunia Melayu Islam, akan wujud sebuah
teknologi moden yang dapat mengesan dengan berkesan sekali ― para perasuah yang
hidup dan kehidupannya jenuh sekali menjarah harta dan khazanah negara (via
rasuah)?
2.0 Jadi
TIDAK relevankah soalan bekas Mufti ini?
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/264095
‘Why Cadbury, why not against corruption?”
Former Perlis
mufti Mohd Asri Zainul Abidin has admonished Muslims for overreacting on two
types of Cadbury chocolates that contained pork DNA but do not complain about
other pressing issues, such as corruption, gambling or riba (interest rates)
which are considered bigger sins.
Ini sebuah
soalan yang kelihatannya cukup aneh tapi benar.
Apakah ‘kita-kita’ ini sebenarnya? Pandirkah kita atau ― sebenarnya ‘kita-kita’
ini adalah para hipokrit tegar?
No comments:
Post a Comment