Thursday, July 24, 2014

Katanya atas nama bangsa dan agama.


Lalu mereka pun menghunus belati itu.





Ini yang terlintas di dalam benakku tatkala dan setiap kali kubaca sesetengah ocehan di laman WhatApps:


Aku boleh mengerti kenapa teknologi dijadikan belati, misalnya tatkala topeng kezaliman dan kebinatangan Zionist Israel itu mahu mereka robek-robek.  Tapi aku keliru yang amat sangat pabila ada yang menghunus teknologi untuk melelong kebencian sesama manusia. Dan belati itu dihunus (katanya) buat melindungi bangsa dan agama yang suci.  

Apakah kita yang (katanya) tinggi maqam agamanya sudah sampai ke lorong mati dalam merebut pengaruh dan kuasa?  Atau sebenarnya, di sana ada agenda lain yang jauh lebih besar?  Atau itulah realpolitiknya? Sesungguhnya,  yang mana satukah ‘agama yang suci’ itu dan yang mana satu pula 'politik Islam' itu? 


No comments: