Wednesday, October 1, 2014

Mohd Yusof Jalil dan pengalaman terlibat dengan Harakah









Pengalaman: guru yang meyakinkan


“Saya confident masalah penerbitan ‘buku’ Harakah tidak akan menimbulkan masalah permit KDN.  Pengalaman menerbitkan Mingguan BUMI membantu.” Mohd Yusof Jalil.

Demikianlah di antara persoalan yang disentuh oleh Mohd Yusof semasa kami menziarahinya di Kampong Nakhoda, Batu Caves, Kuala Lumpur pada 30 September 2014.   

“Syukurlah walaupun agak uzur ingatannya masih kuat.” begitulah yang diamati Cikgu Ishak Surin.


2.0  Apakah yang dipelajari dengan kunjungan seperti ini?


Bukankah ingatan yang kuat sehingga membekas dalam diri seseorang itu boleh menjadi khazanah berharga untuk dikongsi oleh rakan-rakan, sahabat handai, ipar duai atau mereka yang peduli?  Tanpa 'nikmat' ingatan yang baik segala pengalaman berharga zaman silam yang pernah kita tempuh itu tidak akan dapat dipelajari oleh sesiapa.  Lalu kenapa kita mahu membiarkan khazanah yang berharga itu berkubur dalam diri?  

 Ramai yang percaya bahawa nyanyuk itu penyakit seorang  manusia. Ertinya hanya manusia saja yang boleh menjadi nyanyuk. Kita percaya bahawa - sebenarnya dan sesungguhnya - penyakit nyanyuk ini boleh saja menyerang tubuh yang bukan manusia, misalnya sesebuah organisasi.  Sebuah organisasi yang nyanyuk boleh saja terlupa siapakah dirinya yang sebenar.  Ia lupa akan asal usul kenapa ia lahir ke dunia ini.  Sebuah parti politik yang nyanyuk terlupa sejarah kelahirannya.  Ia bukan sengaja mahu melupakan akan segala sejarah silam kenapa ia lahir ke dunia ini tapi ia boleh tersasar kerana diserang penyakit nyanyuk.  

Lalu apakah ikhtiarnya agar sebuah organisasi itu jangan sampai menjadi nyanyuk?  Kita percaya sesebuah organisasi (misalnya sebuah parti politik Islam) itu dapat terhindar serangan penyakit nyanyuk, jika ahli-ahlinya sentiasa peka dan waspada akan misi, visi dan halatujunya. Ya, SELURUH ahli parti ini sentiasa sedar dan peka untuk menjawab soalan yang maha penting seperti: Kenapakah partinya sampai lahir di dunia ini? Ertinya ahli-ahli parti sedar sepenuhnya sebab musabab sebenar kenapakah azimat-cum-cemeti wala' itu sering dicanang-canang.


Makanya saya tidak terkejut mendengar kegembiraan Cikgu Ishak lantas bersyukur bahawa teman yang pernah bertungkus lumus memulakan Harakah itu masih lagi segar ingatannya.  Mantan seorang ketua jabatan saya juga pernah berdoa, "Minta dilindungi Allah agar kita semua tidak nyanyuk!"



Siapa lagi yang masih ulet mendoakan si nyanyuk yang telah lupa akan asal usulnya?   


2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan Mohd Yusof Jalil telah kembali kerahmatullah.

Unknown said...

Al fatihah