Sunday, November 16, 2014

JIKA tepung itu organisasi berwibawa





Rambut dalam tepung itu


“Bagai menghela rambut dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan terserak.

Maksudnya: Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali.”

Abdullah Hussain, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu edisi kedua, DBP, Kuala Lumpur, 1989:24

Yang sering kita temui ialah ‘menarik’ rambut tapi yang diturunkan oleh Abdullah Hussain ialah ‘menghela’ rambut. Yang pernah kita dengar ialah lirik lagu dengan ungkapan seperti ‘helaan nafasku yang terakhir’.  Apa pun, ia tidak mencacatkan makna perumpaaan yang dibincang; maknanya tidak berubah ― ia menggambarkan suasana yang sukar dan kebijaksanaan yang wajar dimiliki oleh sang pelaku dalam menghadapi keadaan yang sukar seperti itu.  Katanya oleh kerana kebijaksanaan agar  ‘rambutnya jangan sampai putus’, maka kerja menarik rambut itu mestilah, tidak dapat tidak, mestilah betul-betul berhati-hati dan penuh kebijaksanaan.


2.0 ‘Menarik’ atau ‘menghela’

‘Menarik’ itu satu perbuatan yang berasal dari kata kerja ‘tarik’ dan ia boleh menggambarkan pelbagai senario. Misalnya, rambut mesti dikeluarkan kerana ia berada di tempat yang salah; ia tidak tertanam di kulit kepala tapi entah bagaimana telah tercampak ke dalam tepung.  Untuk mengeluarkannya, ia perlu ditarik, bukannya ditolak dengan satu syarat yang agak ketat dan mencabar pula ― tepungnya tidak boleh berserakan.  Memang tepat begitu; demi mengeluarkannya dari dalam tepung, tentulah tidak masuk akal jika rambut dalam tepung itu, ditolak.

Katakanlah kita yang ‘ditugaskan’ untuk mengeluarkan rambut ― onar itu di dalam tepungnya ― apakah kemungkinan dan pilihan yang ada kepada kita? Ya, apakah ini kemungkinan dan pilihannya?

Pertama, kita persetan saja dengan segala pesan dan kebijaksanaan silam bahwa tepungnya mestilah jangan sampai berserakan ― kita tarik saja rambut itu dan hadapi segala risiko dan masalah tepung yang berserakan itu kemudiannya.

Kedua, kita benar-benar berhati-hati, cermat, waspada dan sesungguhnya begitu sabar sekali dalam mengeluarkan rambut itu.  Biarlah masa berlalu, asalkan tepung dikeluarkan dengan sempurna dan tepungnya pula tidak berselerak.  Ertinya ada unsur masa yang tidak terhad dan ketekunan yang maha tinggi.  Yang panas baran, gopoh dan berani mengambil risiko(?) tidak sesuai untuk menarik rambut itu dari dalam tepung.

Ketiga, kita berpura-pura saja ― berpura-pura kelihatan bersungguh-sungguh ― mahu menarik rambut itu keluar dari dalam tepung (hatta dengan apa cara sekali pun) dijaga keutuhannya. Ya, kita dengan sengaja, berpura-pura.  Kita berpura-pura untuk memastikan sosok kita tidak kelihatan dan dibaca sebagai pelaku yang gelojoh, tidak sabar dan panas baran dalam menghadapi kemelut rambut itu.  Kita bertindak demikian kerana berharap dan bercita-cita mahu keluar sebagai orang yang baik-baik kerana tidak cedera dan tercemar apabila krisis rambut itu selesai kelak.  Kita berbuat demikian setelah menghitung segala langkah.  Kita telahpun hitung semuanya; darab, tolak, campur, bahagi segala langkah supaya kita tidak tercedera dengan tindakan-tindakan kita.     

3.0 Jika tepung itu organisasi, menarik rambut adalah ‘tanggungjawab’ bukannya ‘tugas’.


Lalu, apakah pilihan yang ada kepada kita?

Kita tidak ada banyak pilihan kecuali memikul tamggungajawab bersama dengan mengeluarkan rambut itu!

Keras dan tidak wajar?

Siapa kata memperkasakan disiplin dalam sesebuah organisasi itu remeh dan boleh diborong dengan istilah dan ungkapan kepimpinan seperti ‘kepimpinan ulamak’?

Mind you, we are dealing with the fate and future of a nation.  

We are not managing a pondok tahfiz.



  

No comments: