Sunday, December 7, 2014

Saban minggu kita pun dipaksa tadahkan telinga


Bilakah khutbah akan menggambarkan resah gelisahnya masyarakat?



“Sastera atau kesusasateraan tidaklah lahir dari sebuah ruang yang kosong. Sastera sebagai cermin masyarakat dan tempat pernyataan perasaan manusia adalah lahir dari masyarakat, lahir dari rakyat.”
Usman Awang, “ Seni Rakyat dan Angkatan 50” dalam Dinsman dan Sutung Umar RS (peny.), Sikap dan Pemikiran Usman Awang, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1983, halaman 42.


Setiap minggu semasa terlalu ngantuk didera khutbah Jumaat, aku mimpikan giliran para sasterawan tampil dengan teks yang berbicara tentang resah gelisah rakyat. Minggu lalu (Ust Wan Ji juga sentuh isu ini) aku penat mendengar ayat-ayat tentang dosa dan azab tidak membayar zakat. Aku belum pernah dengar ayat-ayat dosa pahala rasuah dan salah guna kuasa serta kezaliman.


Wahai sasterawan,  bila lagi kaummu mahu sediakan khutbah Jumaat yang mencerminkan resah gelisah rakyat?


Aduhai, agama dan para birokratnya!

No comments: