Saturday, December 6, 2014

Kita bersyarah, orang lain beramal






Bila pemimpin Komunis amalkan nilai-nilai Islam.


Ini terjemahan bebas tentang sebuah negara yang dunia bukan-mainstream (baca: bukan kapitalis) ketepikan.  Ia didera bapa segala kapitalis iaitu Amerika.  Ternyata seorang pakar bidang kita yang kerap sekali muncul di pelbagai media perdana Malaysia juga kagum.  Dia teruja dengan kejayaan Republik Cuba.  Sila amati petikan ini:


"Di Havana hampir tidak ada papan iklan khusus untuk manusia yang telah sekian lama menguasai politik Cuba, iaitu sejak Revolusi Cuba tahun 1959.  Di mana-mana saja di ibu kota itu sukar mencari potret besar Fidel Castro ― potret tercokoh mengamati-amati rakyatnya.   Tidak ada sebatang jalan atau pun bangunan yang dinobatkan dengan namanya.  Tidak ada bukti wujud sebarang usaha untuk mengabadikannya; sehinggakan menjadinya makhluk yang suci. "

Chandra Muzaffar, Hegemony: Justice; Peace, Arah Publications 2008: 55 di bawah Bab 5: Cuba: A Success Story.

Dalam artikel yang pernah disiarkan dalam majalah Off the Edge, Issue 30, June 2007 itu, sebagai contoh kejayaan, Chandra teruja menceritakan kejayaan sektor kesihatan Cuba:

Pemerintah Cuba menyediakan khidmat penjagaan kesihatan percuma yang baik kualitinya kepada 11.24 juta orang penduduk. Dengan nisbah seorang doktor untuk 159.2 orang penduduk ia mungkin yang terbaik di dunia.  Dalam tahun 2006, kadar kematian bayi ialah 5.4 untuk 1000 ialah salah satu yang terendah dalam dunia.  Dan seorang warga Cuba dijangka hidup mencapai umur 77 tahun.  Apa yang lebih menakjubkan ialah terdapat 40,000 doktor Cuba yang berkhidmat di merata pelosok Amerika Latin, Afrika dan Asia.  

Katanya lagi, salah satu kunci kejayaan yang cemerlang ini ialah kesungguhan Fidel Castro memberantas rasuah:

 “ There is yet another reason why Castro enjoys so much respect among his people.  He has been firm and resolute in combating corruption within the leadership stratum of Cuban society.  This is why this terrible scourge which has destroyed many a society; whether socialist or capitalist, has not afflicted Cuba even though it has been under the same leadership ― a leadership which exercises enormous power and authority ― for almost five decades.  Apart from effective laws and policies, Castro has managed to curb corruption through his own example.  He is not only scrupulous about the management of public funds; he eschews extravagance and ostentation.”

Apakah kita yang siang malam berdegar-degar syarah Islamnya tidak sedikit pun berasa malu?


________________________________________________________________________

Makna beberapa perkataan:

scourge ( penyebab kesengsaraan)
scrupulous ( teliti ),
eschews  ( mengelak, menjauhkan diri)
extravagance ( gubahan yang penuh daya khayalan, berlebih-lebihan, boros )
ostentation ( sikap menunjuk-nunjuk, sikap bermegah-megah)



No comments: