Wahai penulis,
bilakah kali terakhir kalian raut mata penamu?
Sebagai
penulis kita boleh memilih melihat sesuatu objek itu dari sudut kreatif atau
pun bukan kreatif. Jika ‘objek’ yang mahu
disorot itu adalah kebobrokan kepimpinan, maka kita boleh huraikan dari kedua-dua
sudut tersebut.
Perhatikan dua
contoh berikut:
Contoh pertama
oleh Dinsman:
Mari kita
petik dua paragraf dari “Imej ulama sedang mengalami kerosakan besar”:
“Dan kerosakan itu bukannya kerosakan
kecil. Kerosakan itu adalah kerosakan yang sangat besar. Rosak hasil usaha yang
dibuat bertahun-tahun untuk membina hubungan baik dan imej baik terhadap PAS
dan terhadap Islam. Baru saja usaha keras dan gigih bertahun-tahun itu
menunjukkan kejayaannya, kini ia telahpun rosak.
Ramai kawan-kawan saya budayawan dan
ilmuwan yang jadi sangat kecewa dengan kerosakan itu. Ada yang menunjukkan rasa
kecewa itu hingga ke tahap yang begitu mengejutkan. Rupa-rupanya komitmen
mereka terhadap perjuangan PAS begitu besar dan mendalam, walaupun mereka tidak
aktif dalam politik, dan hanya aktif dalam seni-budaya. Jangan pandang remeh
dengan komitmen mereka.”
Contoh kedua oleh Shahnon Ahmad dalam
SHIT, mari kita amati dua perenggan dari “Shit”nya Shahnon:
“Namun aku tak akan keluar melalui
lobang keramat ini, bisik PM. Aku akan
tetap berkuasa mengepalai sistem pemerintahan politik taik ini sampai
bila-bila, sampai kepala taik ini tak terpanggung lagi, sampai kepala taik ini
tak bermaya lagi. Itu pun, nama kata aku
sendiri hendak keluar melalui lobang keramat itu, sumpah tidak. Dan apa akan
berlaku kelak bila aku tidak lagi mengepalai sistem pemerintahan politik taik
ini, aku sendiri tak ambil kisah.”
(SHIT,
halaman 55)
“Ketulan yang satu lagi pun memang
patuh dan setia 100% pada PukiMak meskipun ketulan itu tinggal berjauhan dari
kepala taik PM. Masakan dia sanggup
bergolek sedemikian jauh khusus untuk berbisik saja? Lihat saja kepalanya yang
gondol dan tubuh ketulannya yang kontot itu.
Dari kepala gondol dan tubuh kontot itulah mengalir keluar kreativiti
dan inovasi yang berbagai yang pelek-pelek.
PM tidak membiarkan analisisnya berlanjutan pada ketulan yang agak pelik
ini kerana PM tahu ketulan itu memang separuh gila dan kadang-kadang kurang
senter setiap tindakannya.”
(SHIT, halaman 93)
No comments:
Post a Comment