Wednesday, February 25, 2015

Organisasi sakit untuk memimpin negara?






Pergaduhan sebagai petunjuk sakit-sihatnya sebuah organisasi


Kita mulakan dengan pengalaman peribadi yang tidak pernah lupus dari ingatan; sebuah peristiwa yang saya lalui sebagai seorang remaja sekolah menengah.  Jiran kami, kawan sepejabat arwah ayah,  sepasang suami isteri muda yang sering saja cekcok (bergaduh) dan pergaduhan itu kekadang sampai ke tahap fisikal. Oleh kerana rumah yang mereka sewa itu rumah papan yang agak jarang dindingnya, maka bayang-bayang pergerakan manusia memang kelihatan. Episod-episod perkelahian suami isteri ini menjadi ketara kerana:

i) Dinding yang jarang dan lampu geslin menjadi semacam pertunjukan terbuka perkelahian suami isteri.

ii) Sang isterinya menjadi murai yang dicabut ekornya pabila mereka suami isteri berkelahi.  Lebih menakjubkan lagi, dia mengungkit-ungkit segala perbuatan sang suami semasa mereka bersama.  Aduhai, saya juga malu kepada ayah dan emak mendengar semua episod itu.

iii) Pada tanggapan saya ketika itu dan juga sekarang ini, sang suami yang relatif pendiam itu memang cukup didera dengan peristiwa perkelahian terbuka seperti ini.  Maka setiap kali bertembung dengannya di luar rumah saya terbayangkan pendedahan isterinya.  Demikianlah dahsyatnya jika kita gemar mencuci pakaian di tempat awam!


2.0  Organisasi itu keluarga besar yang berayah ibu

Sebuah organisasi politik, apatah lagi yang katanya menggunakan prinsip perjuangan Islam, sentiasa saja menjadi sorotan masyarakat lebih-lebih lagi sorotan ahli-ahli parti, para penyokong dan para simpatisan dari pelbagai golongan masyarakat yang begitu mengharapkan sebuah perubahan besar dalam pentadbiran negara.  Mereka yang begitu lama dan sekian lama pula mendambakan tatakelola yang telus, adil dan saksama adalah pemerhati setia organisasi ‘Islam’ ini.  Mereka menunggu, menunggu dan menunggu dengan penuh harapan agar akan terjadi perubahan. 

Ya,  memang benar sebuah organisasi itu, termasuk parti politik Islam seperti PAS, adalah keluarga besar Islam yang berayahibukan orang-orang Islam yang alim lagi warak. Ayah dan ibu yang gagah teras pegangan Islamnya adalah contoh kepada anak-anak dan juga seluruh masyarakat.  Hari ini keluarga besar Islam yang alim lagi warak sedang berkelahi.


3.0  Model Islammu jadi bahan ketawa

Hahah...haha... saya teringat sepasang suami muda yang berkelahi dan perkelahian itu disaksikan oleh SELURUH dunia.

Mahu simpan di mana mukamu itu?



No comments: