Ke mana perginya kredibiliti Malaya?
Apabila kemaharajalelaannya
mencapai kemuncak dalam tahun-tahun 1980an sehingga ‘dianya’ (pinjam bahasa
Mahathir sendiri) dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah untuk perebutan sengit
jawatan Presiden UMNO dalam tahun 1987 yang akhirnya berkesudahan Umno
diharamkan, diikuti dengan pemecatan Anwar Ibrahim dari semua jawatannya dalam
tahun 1998 ― dan lebam matanya yang tersohor itu ketika dalam tahanan yang
berkuasa Malaya ― masa depan Umno sudahpun berakhir. Itu tanggapan dan bacaan saya sebagai seorang
rakyat. Bagi saya sudah tiada lagi
sebarang harapan ― menaruh sebarang harapan ― untuk melihat Umno menjadi sebuah
parti yang memerintah yang baik.
Sebagai
seorang rakyat biasa (lahir di zaman
darurat ― 1948, mula bersekolah di
Sekolah Melayu di zaman awal kemerdekaan iaitu dalam darjah tiga pada tahun ― 1957, tahun Malaya merdeka, memasuki
universiti di Indonesia dalam tahun 1970 dan mulai bekerja sebagai penjawat
awam@jurutera dalam tahun 1979 dan pencen dalam tahun 2004), saya tidak pernah
mengharapkan yang lain kecuali mendapatkan sebuah pemerintah yang baik untuk rakyat Malaysia. Saya begitu rindu dan dambakan sebuah
pemerintah yang baik untuk memerintah Malaysia.
Apa itu pemerintah yang baik yang
didambakan itu? Ya, satu soalan yang
munasabah.
Saya tidak mengharapkan
seorang nabi sebagai pemimpin utama negara.
Saya juga tidak terlalu gila sehingga merindukan ‘manusia malaikat’ sebagai
Perdana Menteri. Tapi jika saya melihat seorang TGNA atau salinannya sebagai
perdana menteri Malaysia, saya sudah cukup bahagia. Saya bahagia bukan kerana arwah itu seorang
ulamak. Saya bahagia kerana melihat
kualiti kepimpinannya sebagai Menteri Besar.
Saya rindukan kualiti kepimpinannya itu yang tidak semuanya boleh diukur
dengan menggunakan kaedah ROI, Return of Investment. Mungkin jika malaikat sudi, dia boleh membaca
senarai amal yang pernah ditulis untuk arwah semasa hayatnya di dunia ini.
Cuba
perhatikan perbuatan arwah yang pernah diceritakan oleh bekas pegawai kanannya
semasa TGNA pertama kali diangkat menjadi Menteri Besar Kelantan. Saya dan Dinsman menemuduga pegawai tinggi
ini untuk Qiadah, majalah keluaran PMBK, Perbadanan Kemajuan Menteri Besar
Kelantan. Kami mendengar penjelasan
sekitar hari-hari awal arwah sebagai Menteri Besar Kelantan.
Cerita seperti
itu berterusan sehingga ke akhir hayatnya.
Apakah salah dan berdosa jika saya mimpikan seorang perdana menteri atau
duplicatenya yang begitu?
Para ulamak
Pas ‘kan ada?
Aku mendengar
monyet-monyet di hutan terbahak-bahak.
Yes, you must be
kidding!!
No comments:
Post a Comment