Sekali lagi kerusi ITU mahu dikosongkan
Bila serangan
dimulakan, ramai orang-orang di kampungku ― baik yang di sebelah sana ― di sebelah
parti politik pemerintah, mahu pun yang di pihak oposisi ― yang di sebelah sini
― begitu amat gembira sekali. Mereka
gembira. Mereka gembira, teruja dan
rasanya cukup bahagia. Pelbagai kata-kata
semangat, ya penuh bersemangat, agaknya untuk menyedapkan diri masing-masing
diluahkan untuk sama-sama dikongsi. Kata
mereka: perubahan sudah datang, akhirnya
sudah ada cahaya di hujung terowong, akhirnya sudah ada penyelamat yang bakal muncul
untuk membela kita. “Perubahan sudah mari!”
Kata kuncinya
ialah AKHIRNYA ― perubahan ‘sudah mari’
Salleh, ‘Id, ‘Ad
dan ‘Ud saling berpandangan mengamati kegembiraan dan keterujaan orang-orang di
kampungku. Kampungku yang cukup teruja
kerana serangan untuk mengambilalih pemilik kerusi sudahpun bermula. Untuk makluman, ketiga-tiga watak adalah manusia biasa kampungku; mereka yang sekolahnya tak pernah tinggi.
Kata Salleh (“aku
tak sekolah tinggi-tinggi; aku boleh baca, tulis dan kira saja”) yang mencari
makan dengan menjadi nelayan hutan bakau (yang semakin hari semakin tercemar)
berpendapat begini:
Jawatan
Perdana Menteri itu milik pemimpin Umno yang terpilih dan dikhaskan untuk anak-anak
cucu mereka. Jawatan diwarisi untuk diagih-agihkan
di kalangan anak-anak cucu mereka. Apakah kau fikir yang lain ada peluang untuk
duduk di kerusi itu? Jika jawatan sudah
menjadi hak yang boleh diwarisi, apakah
kau fikir orang yang mendapat jawatan melalui hadiah dan pemberian seperti
itu, peduli apa yang berlaku di
sekelilingnya? Dia nak bawa perubahan
untuk apa?
Sambung ‘Id
pula: Mantan Perdana Menteri yang tak pernah mahu pencen itu berkata (walaupun mungkin
agaknya untuk berseloroh), rasuah kecil-kecilan seperti SATU juta itu biasalah.
Yang menjadi masalah ialah apabila ia mencecah 42 bilion?
‘Ad pula teruja
dengan kata-kata amaran oleh mantan Menteri Perdana itu: JIKA Pakatan Rakyat menang, semua dosa para
pemimpin Umno akan dikorek. Oleh kerana itu Umno jangan sampai kalah kerana
jika kalah, buruk padahnya!
‘Ud: Aku geli
dengan kehadiran Katak dan Cina-Jadi-Melayu tulen itu sebagai pengapit! Seperti kehadiran ITU mufti dalam hujah-hujah
dan kes-kes agama Islam, aku hilang segala nafsu. Itulah, sekali aku tak percaya, sampai mati pun aku
tak percaya. Tak ada orang lainkah untuk
menjadi pengapit?
Salleh: Apakah kita boleh percaya pemilik kerusi yang
BARU pasti membawa perubahan tulen?
‘Ad: Bukankah itu janji-janji mereka sejak zaman
sebelum tahun 1957?
‘Id: Apa kau
yakin pemilik BARU kerusi tak ada balaci dan kroninya?
‘Ud: Apakah
kau fikir ular menjadi akar kerana amanah sebuah kerusi?
No comments:
Post a Comment