Friday, May 22, 2015

Kenapa kita MEMILIH TIDAK melawan rasuah?





'Mengunyah' itu lebih besar dosanya dibanding 'mereguk' dan 'melahap'?


Sebagai pembuka bicara, sebagai panduan mari kita kutip makna sepatah dua perkataan berikut:  

Kunyah: Mengikut Kamus Dewan, ed. keempat, (2005:852), kata kerja ini bermaksud “melumatkan (menghancurkan) makanan dalam mulut dengan gigi sebelum menelannya, memamah.”

Taakul: Kata Arab yang bermaksud “hal membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal, tinjauan akal;”  Kamus Dewan, ed. keempat, (2005:1561)

Reguk: teguk, minum (hal. 1303)

Dalam era maklumat-milik-semua (?), maka maklumat pelbagai kumpulan pun wasap sentiasa saja merempuh kehidupan kita.  Dan di antara yang datang merempuh ialah ‘peringatan’;  saya terima dari sekumpulan teman lama:

Senarai kod panduan lemak babi dalam makanan fat dan minuman (pig code guide) E100, E110, E120...

Senarainya cukup panjang, berjela-jela.  Semasa bersekolah di Katholieke Universiteit Leuven, Belgium, akhir-akhir tahun 80an, senarai begini menjadi buah tangan penting dari para pelajar senior, majoritinya pelajar perubatan tajaan JPA.  Maka senarai ini pun dibawa ke hulu ke hilir semasa mereka membeli belah.  Segala macam makanan dalam tin dibelek-tilik sepuas-puasnnya sebelum ia dibeli.  Lihatlah betapa tekunnya kita semua dalam memastikan agar tidak ada bahan babi yang memasuki tubuh kita. 

Setelah masa berlalu, kita pun membayangkan budaya “memastikan agar tidak ada sebarang bahan babi yang akan memasuki tubuh kita” ini jauh lebih corot, kurang penting (baca: tidak begitu menyerlah@significant) jika dibandingkan dengan budaya mengedarkan peringatan bahawa sesungguhnya haram buat kita semua menyentuh rasuah. 

Ya, sebagai satu ummah yang sangat syariah sensitif, kita semua telahpun bangun untuk memastikan dengan bersungguh-sungguh bahawa tidak ada sezarah pun barang haram (hasil rasuah) yang kita kunyah, telan dan hadam sehingga ia menjadi darah daging kita.  Pendek kata, kita adalah satu ummah yang sangat garang, tegar dan istiqomah dan berkobar-kobar ‘budaya’ melawan rasuahnya. 

Ya, oleh kerana budaya ingin memelihara agar tidak akan ada sezarah pun daging dan tulang belulang ummah bakal disambar oleh api neraka, maka kita semua sangat tekun mengedarkan, berbicara, berhujah dan berjuang melawan rasuah.  Dan salah satu kaedahnya ialah senarai yang panjang tentang perbuatan rasuah.


2. 0 Atau ― seperti biasa ― mengikut kaedah penaakulan yang sering kita pakai selama ini, kita juga mestilah berpilih-pilih dalam mengeluarkan senarai.  Dalam konteks ini,  kita memilih untuk mengedarkan bahan tercemar babi dibandingkan dengan mengedarkan peringatan bahawa kita semua mestilah  bangun melawan rasuah?    

Kita memilih untuk edarkan senarai bahan tercemar babi tapi kita lupa negara kita bakal tenggelam kerana rasuah?


Sdr Dinsman dan teman-teman dalam PAKSI(Seniman Paksi Rakyat) , kita sedang bercakap tentang budaya ― tekad budaya. 

Agaknya mengunyah (daging babi) itu lebih menakutkan jika dibanding dengan mereguk (arak) atau melahap (rasuah)?



No comments: